Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Testimoni Syurga, Bahagian 6 – Bertemu dengan Nabi Isa dan Buddha Seribu Tangan ketika Membuat Perjalanan di Syurga Bersama Guru

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Ada banyak pengalaman ajaib sewaktu saya bermeditasi. Contohnya, Guru membawa saya ke Alam Tuhan dua kali.

Kali pertama, apabila saya rasa badan saya hampir menjadi debu, Guru dengan serta-merta hantar saya ke tempat yang lebih selamat. Saya nampak Nabi Isa makan santapan terakhir-Nya.

Kali kedua, saya nampak Nabi Isa berkhutbah kepada anak murid di gunung tinggi. Saya nampak sudut jubah Nabi Isa berkibar-kibar dan bibir-Nya bergerak-gerak. Kemudian dengan serta-merta saya teringat kata-kata Guru: Nabi Isa di peringkat yang lebih dekat dengan Alam Tuhan, berkhutbah kepada orang yang lebih terevolusi. Ini memang betul! Setiap kali saya nampak Nabi Isa, saya ingin sekali bersama Dia. Jadi Dia benarkan saya lihat-Nya untuk masa yang sangat panjang.

Guru juga membawa saya ke Syurga untuk lihat bunga. Bunga di taman Syurga adalah segar, cantik dan menawan. Ia menari mengikut rentak, memang menakjubkan. Saya lihatnya dengan gembira dan senyap. Pada masa yang sama, saya juga beri penghormatan kepada kegeniusan Tuhan.

Suatu kali, saya dibawa oleh maya ke lembah yang dalam, mungkin untuk melangsaikan karma lama. Tiada perasaan takut. Saya melafazkan nama Guru, kemudian Cahaya keemasan, kuning yang terang dengan serta-merta memancar dan saya balik dengan selamat. Saya amat berterima kasih kepada Guru kerana sempat menyelamatkan saya. Saya berada dalam Cahaya untuk masa yang panjang dan nampak Cahaya putih bertukar menjadi jalur perak yang bergantungan di atas kepala saya.

Satu kali lagi, Guru membawa saya lihat Buddha Seribu Kepala. Saya berada sangat dekat dengan-Nya. Apabila saya lihat-Nya, dengan serta-merta saya tahu ini Buddha yang agung. Dia sangat berwibawa. Kemudian saya lihat sepasang tangan yang berpusing dihulurkan, diikuti oleh sepasang lagi. Pusingannya menjadi semakin pantas. Saya ucapkan terima kasih kepada-Nya dengan rasa hormat tertinggi. Saya berterima kasih kepada-Nya atas banyak berkat yang Dia ada, melalui Dia, dikurniakan kepada saya. Dia membolehkan saya faham bahawa Dia sibuk menyelamatkan makhluk hidup tanpa berhenti. Pada masa itu, badan penjelmaan Guru juga muncul dalam beratus-ratus dan beribu-ribu pakaian berlainan yang ada warna-warna yang berlainan, berkhutbah di sini, melegakan penderitaan di sana, menjaga pelarian dan sebagainya. Hati saya penuh dengan rasa hormat tak terhingga dan kasih sayang tak terbatas terhadapnya.

Saya memang berharap dapat lihat Guru di Hsihu pada Hari Mahaguru Ching Hai pada 25 Oktober tahun lalu. Namun begitu, saya tidak pergi disebabkan oleh sesuatu hal. Namun begitu, sewaktu bermeditasi, Guru membawa saya untuk menyertai perayaan itu. Saya nampak orang ramai yang gembira di Hsihu dan sebuah tandu yang membawanya, tepat-tepat seperti apa yang saya lihat dlm video kemudiannya. Perbezaannya adalah dalam visi dalaman, Guru memancarkan Cahaya yang sangat terang. Semua biksu juga ada Cahaya di sekeliling mereka. Pada malam itu, saya terdengar loceng gereja berbunyi dengan tak henti-henti. Selepas itu, saya terdengar muzik Syurga yang sangat harmoni yang tidak pernah saya dengar sebelumnya dalam hidup saya.

Suatu kali, Guru bawa saya ke neraka untuk menyelamatkan saudara-mara saya daripada hukuman yang berat. Saya ada rasa terima kasih yg tak terhad. Guru juga biar saya lihat banjir di Âu Lạc (Vietnam) dan Australia. Disebabkan oleh visi dalaman ini, saya tahu lima hingga sepuluh hari lebih awal tempat dan masa kejadian ini. Bersama dengan ibu saya, kami mendoakan keselamatan orang.

Saya berterima kasih kepada Guru dan dengan rasa hormat berharap badan suci Guru sihat. Semoga Guru muda dan hidup lama, terus mengajar anak murid dan menyelamatkan semua makhluk di dunia ini.

Vegan: Tuhan kasihi orang pemurah.

Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman dan/atau berkat duniawi luaran yang sama, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak mendedahkannya, mengikut nasihat Guru.

Untuk saksikan dan muat turun lebih banyak testimoni, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/to-heaven

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (6/20)
1
2021-05-24
12180 Tontonan
3
2021-07-06
9343 Tontonan
9
2022-02-25
6377 Tontonan
10
2021-07-31
7773 Tontonan
15
2022-05-05
6230 Tontonan
16
2022-12-28
4568 Tontonan
19
2024-01-02
5273 Tontonan
20
2024-06-04
2862 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android