Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Dunia-dunia Perangkap di Dunia Ini, Bahagian 2 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Seperkara lagi tentang Master: Kebanyakan Master yang datang ke dunia ini banyak menderita kerana perlu mengorbankan diri, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga rohani. Oleh itu, Mereka menderita – Mereka dibunuh. Mereka disalib atau sekurang-kurangnya dicederakan dgn begitu banyak cara yg menggerunkan Lagi banyak anak murid yang Guru ada lagi banyak Dia perlu menderita untuk melangsaikan semua hutang darah, semua akibat kesalahan yang dibuat oleh anak murid sebelum inisiasi, sebelum diterima ke dalam Perlindungan Guru. […]

Setiap perbuatan, tindak balas ada karmanya. Sebab itulah sukar untuk keluar. Ia mendatangkan kesan. Perbuatan anda sentiasa mendatangkan kesan – baik atau buruk. […] Dunia bunuh termasuklah pemakanan daging orang-haiwan kerana itu melibatkan pembunuhan makhluk hidup lain. Sesetengah orang mungkin terlepas daripada karma bunuh itu kerana mereka ada sangat banyak pahala dari hayat lampau untuk menampungnya, tapi kebanyakan orang, apabila terjerumus ke dalam dunia bunuh, mereka tak dapat keluar. Jadi mereka terpaksa menanggung akibatnya seperti perlu dilahirkan semula sebagai jenis orang-haiwan yang mereka makan itu. Itu akan selama sangat banyak hayat, sangat banyak penderitaan kerana dalam satu hayat seseorang, dia makan banyak daging yang berlainan daripada orang-haiwan yang berlainan. Oleh itu, mereka perlu lahir semula untuk sangat banyak hayat dalam kategori-kategori orang-haiwan berlainan yang dimakan oleh mereka itu. Oleh itu, sangat banyak penderitaan,

atau malah di neraka, daging mereka perlu dipotong, perlu dibakar, perlu direbus, perlu digoreng di dalam kawah panas yang berisi minyak, seumpamanya untuk memampas, melangsaikan hutang mereka kepada orang-haiwan ketika mereka masih hidup, makan mereka. Tiada penghujung kepada penderitaan jika kita bercakap tentang semua itu. Kita tak dapat gambarkan dgn secukupnya penderitaan di neraka untuk melangsaikan hutang kita – hutang darah yang kita berhutang kepada orang-haiwan.

Dan jauh lebih banyak daripada itu, jika hayat demi hayat mereka makan sangat banyak daging orang-haiwan, maka peperangan akan menimpa mereka juga. Peperangan juga satu lagi perangkap, satu lagi dunia karma. Jika anda bunuh seseorang sebelumnya, beramai-ramai, atau satu atau dua orang, maka anda akan dilahirkan di kawasan sebegini, negara sebegini di mana peperangan akan meletus dan menyebabkan anda menderita: dibunuh, menjadi pelarian atau berlari ke sana sini. Itu masalahnya. Apabila kita terjerumus ke dalam dunia bunuh, sukar nak keluar.

Jadi Santo dan Orang Suci yang bijak, Guru semua zaman sentiasa beritahu kita, nasihati kita, malah merayu kepada kita supaya tidak terjerumus ke dalam perangkap ini. Perangkap yang paling teruk ialah perangkap bunuh. Dunia yg paling teruk drpd semua dunia ialah dunia bunuh. Tetapi dilahirkan di dunia yang rumit ini di mana banyak dunia, subdunia wujud, kita sebagai manusia hadapi kesukaran besar untuk elakkannya. Tetapi kita dapat. Tiada apa-apa yang mustahil. Kita boleh tak pedulikannya. Kita boleh berubah ke jalan bertentangan, tidak mengikut orang lain, tidak mengikut minda yang menolak kita ke dlm perangkap ini. Dengan itu, kita dapat masuki jenis dunia lain yang kita nak masuki. Dalam satu hayat, jika kita terjerumus ke dlm terlalu banyak perangkap, bermakna kita perlu hidup sebagai satu orang di banyak dunia berlainan yang kebanyakannya negatif, maka itu akan banyak mencederakan kita, membunuh kita, mencacatkan kita atau menghancurkan hidup kita dengan cara-cara yang berlainan, membuat kita tidak dapat mengecap ketenangan, rasai kasih sayang hidup secara harmoni dengan orang lain.

Sebab itulah kita perlu mematuhi Sepuluh Rukun, Lima Rukun, mengikut Ajaran Guru agung seperti Nabi Isa, Buddha, Guru Nanak, Nabi Mahavira, Nabi Muhammad SAW dan Ajaran agama Bahá’í. Itu sukar tetapi kita dapat lakukannya. Kita perlu berpegang pada prinsip kita. Kita perlu bermoral. Kita perlu berakhlak mulia. Jika tidak, tiada orang yg dapat bantu kita Tuhan Yg Maha Berkuasa pun tak dapat. Kerana apa-apa pun yang kita pilih untuk dibuat, kita bebas untuk memilihnya. Tetapi bersama dengan kebebasan, ada tanggungjawab besar. Pastikanlah anda memilih perkara yang betul supaya anda tidak perlu menanggung akibat buruknya. Ada banyak perkara yang harus kita pertimbangkan dan jaga supaya kita tidak terjerumus ke dalam perangkap ini, tidak memasuki dunia-dunia berlainan yang sentiasa menyelubungi kita ini. Kita perlu memutuskan hubungan dengannya sepenuhnya. Kita perlu tak pedulikannya sepenuhnya. Kita perlu menuju ke arah yang bertentangan sepenuhnya.

Mengikut Ajaran semua Guru, Guru silam. Melafazkan nama Buddha yang anda pilih untuk dipuja. Melafazkan nama Nabi Isa. Melafazkan nama Nabi Mahavira, Guru Nanak dan sebagainya. Jika anda tiada pilihan lain, hanya berdoa, melafazkan Nama Suci. Memuji Tuhan. Mematuhi Rukun Tuhan, cintai Tuhan seorang saja dan sentiasa meminta bantuan. Sentiasa ingat akan Tuhan supaya melindungi anda dan elakkan semua dunia yang tidak baik kepada kesejahteraan dan aspirasi spiritual anda. Semoga anda semua sejahtera. Semoga anda semua ternaik dalam amalan spiritual. Semoga anda sentiasa ingat akan Tuhan dan buat sebaik yang boleh untuk menaikkan diri, dengan Rahmat Tuhan. Amin.

Lihatlah, sementara saya bercakap dengan anda, ada beberapa gangguan di sekeliling tempat saya. Saya tak rasa begitu tenang. Namun begitu, saya sangat gembira dapat bercakap dengan anda. Seperkara lagi tentang Guru: Kebanyakan Guru yang datang ke dunia ini banyak menderita kerana perlu mengorbankan diri, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga rohani. Oleh itu, Mereka menderita – Mereka dibunuh, Mereka disalib atau sekurang-kurangnya dicederakan dgn begitu banyak cara yg menggerunkan Kita tak dapat beritahu dgn secukupnya kerana Mereka perlu bersihkan semua dunia karma di mana anak murid terperangkap. Itu jumlah kerja yang besar, banyak kerja. Lagi banyak anak murid yang Guru ada lagi banyak Dia perlu menderita untuk melangsaikan semua hutang darah, semua akibat kesalahan yang ditimbulkan oleh anak murid sebelum inisiasi, sebelum diterima ke dalam Perlindungan Guru.

Banyak anak murid adalah seperti orang lain. Mereka terjerumus secara berulangan ke dalam dunia-dunia yang berlainan dan menjalin banyak hubungan dengan makhluk yang hidup di dunia itu juga – hidup di dunia-dunia yang berlainan dan di dalam dunia ini – bermakna hidup di dunia-dunia di dalam dunia ini. Sebab itulah mereka tak dapat membebaskan diri. Guru perlu gunakan segala Kuasa-Nya drpd pahala yg dikumpulkan secara spiritual hayat demi hayat, dengan Rahmat Tuhan, dengan Kasih Sayang Tuhan, untuk bebaskan satu orang anak murid. Jika Guru ada lebih banyak anak murid, maka kerja menjadi semakin banyak, dah tentu. Buddha berkata bahawa karma satu orang manusia saja boleh melitupi seluruh ruang angkasa. Jadi anda boleh bayangkan berapa banyak penderitaan yang perlu Guru alami untuk bebaskan satu orang anak murid, apalagi jika Dia ada sangat banyak anak murid. Sebab itulah Guru menderita: semua Guru alami jenis-jenis kekejaman menyeksakan yang berlainan yang ditimpakan kepada Mereka oleh manusia.

Anda boleh bayangkan itu seolah-olah anda ada seorang anak dalam keluarga, anda ada banyak kerja sehingga dia meningkat dewasa dan menjadi cukup berdikari. Tetapi jika anda ada banyak anak, maka anda ada jauh lebih banyak kerja untuk dibuat, hampir seperti tiada penghujungnya. Dan meskipun selepas semua anak anda telah meningkat dewasa dan ada anak sendiri, anda tetap perlu menjaga mereka atau anak mereka sendiri pada waktu susah. Begitu juga, jika Guru ada banyak anak murid, maka Guru perlu sangat banyak bekerja – sepanjang masa, tanpa berhenti – tiada masa untuk berehat, tak pernah ada hari cuti. Jadi sekarang anda tahu mengapa Nabi Isa perlu disalib dengan begitu kejam oleh manusia sama yang diberkati-Nya secara senyap. Begitu juga dengan banyak Guru yg lain. Oh! Apabila saya memikirkan itu, saya tak dapat menangis lagi pun. Terlalu banyak penderitaan yang perlu dialami oleh Mereka.

Saya cuma harap kata-kata ringkas saya dengan ikhlas sekali ini dapat bantu menyedarkan sesetengah drpd anda dan ingatkan saudara seamalan melalui saya, dengan Rahmat Tuhan, supaya jalankan amalan spiritual dengan lebih rajin, bermeditasi dengan lebih sepenuh hati, dengan itu menyelamatkan diri sendiri dengan Rahmat Tuhan, berhubung dengan Tuhan dan sentiasa ingat akan Tuhan. Berkat mereka, pahala mereka akan berkati persekitaran mereka juga dan bantu roh lain supaya dinaikkan sampai tahap tertentu. Kita amat bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Tinggi, Yang Maha Besar, kepada Anak Tuhan, Guru Tertinggi dan kepada semua Guru semua zaman di semua arah.

Saya juga berterima kasih kepada tiga orang Guru yang sentiasa berada di sisi saya untuk bantu dengan apa-apa saja yang Mereka dibenarkan. Mereka tak dibenarkan untuk banyak membantu disebabkan oleh karma kononnya anak murid dan dunia yang ingin saya bantu. Saya juga berterima kasih kepada Love, Pelindung saya, Ketua Pelindung saya. Saya juga berterima kasih kepada Buddha Amitabha yang memancarkan Cahaya-Nya pada dunia-dunia yang tidak terkira termasuk yang ini walaupun banyak manusia tersekat oleh kejahilan dan/atau kesombongan mereka dan tak dapat menerima Cahaya ini pun. Saya juga berterima kasih kepada makhluk mulia yang melaksanakan Kehendak Tuhan dan membantu orang lain menaik. Semoga anda semua diberkati oleh Kasih Sayang Tuhan. Amin.

Photo Caption: Ikan di Langit?? Ada Banyak Benda Asing di Bumi!!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/2)
1
2024-04-08
10012 Tontonan
2
2024-04-09
7398 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android