Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Halo, semua roh yang cantik! Salam sejahtera daripada saya. Berkat daripada Tuhan kepada anda. Selamat sejahtera kepada anda dan orang dalam lingkungan anda. Hari ini, saya memang nak bercakap dengan wanita. Semua wanita cantik di dunia ini dan di seluruh alam semesta. Wanita, tolong sentiasa hormati diri sendiri kerana anda menakjubkan, unik. Bayangkan, semua lelaki mengejar anda! Anda ialah ibu dunia, ibu Santo dan Orang Suci, ibu Nabi Isa dan ibu para Buddha. Jadi hormatilah diri sendiri. Bukan sombong tetapi bangga dengan diri sendiri dan menjaga diri baik-baik.Saya bercakap dengan anda, wanita berpangkat tinggi yang ada kuasa tinggi, kedudukan tinggi dalam masyarakat serta mana-mana wanita yang dulu saya temui atau akan saya temui di jalanan, lapangan terbang – tukang cuci, pembantu rumah wanita, mana-mana wanita termasuk wanita yang masih di dlm penjara atas sesuatu sebab, termasuk wanita yang tidak rasa diri mereka baik disebabkan oleh masyarakat, disebabkan oleh prasangka orang lain sejak kecil lagi atau berterusan sewaktu anda membesar, malah hari ini apabila anda sudah pun orang dewasa besar dan seorang ibu atau seseorang yang sunyi pada usia tua, atau wanita muda yang masih belum rasa pasti dengan diri sendiri,serta wanita atau perempuan yang malangnya rasa mereka tak harus menjadi hamil tetapi hamil. Apa yang lebih malang lagi, mereka cuba atau memang telah gugurkan makhluk menakjubkan yang ditempatkan oleh Tuhan ke dalam badan mereka sebagai janin. Saya bukan di sini untuk mengutuk atau menilai mana-mana daripada anda. Anda ada situasi, ada kedudukan, ada keadaan di mana anda perlu menjadi macam ini, menjadi macam itu. Anda tak dapat sentiasa membuat keputusan dengan sendiri atau utk sendiri tetapi terpengaruh oleh masyarakat, baik atau buruk. Kadangkala anda membuat keputusan yang anda sesali seperti pengguguran.Di sesetengah negara miskin dan/atau hancur dilanda perang, adalah sukar bagi wanita mencari pekerjaan. Keputusan macam ini, dah tentu, boleh difahami walaupun tidak baik sama sekali, tidak baik sama sekali. Cubalah cari jalan yang lebih baik dengan apa cara sekalipun. Tetapi di negara kaya, adalah senang untuk mendapat banyak benda. Membuat keputusan sebegini adalah tidak baik sama sekali. Anda akan sesalinya sepanjang hidup tetapi saya ada satu penyelesaian. Bagi menebus diri anda daripada rasa bersalah atau bagi keputusan yang anda buat dan sesali ini, buatlah saja secara bertentangan mulai sekarang. Jadi penyokong bayi. Jadi pro-nyawa. Sertai kumpulan atau pertubuhan, persatuan pro-nyawa. Lindungi kanak-kanak, mengangkat anak Anda akan dapat menebus kesilapan anda dan akan rasa lebih senang hati. Jika anda masih muda, anda akan ada masa untuk menebusnya apabila anda ada perkahwinan dan keluarga yang stabil atau kestabilan kewangan. Anda akan menjadi ibu yang terbaik, saya pasti, mendapat pengajaran daripada kesilapan anda.Dalam agama Buddha, membunuh memang tidak boleh. Dalam banyak ‘-isme’ yang lain, sama juga, cuma dalam agama Buddha, lebih ketat. Wanita yang dibesarkan dalam agama Buddha akan lebih banyak berfikir sebelum mengambil keputusan untuk melakukan pengguguran. Tetapi sekarang, apa-apa pun kesilapan yang telah anda buat, anda sentiasa boleh bertaubat dan membuat semula masa sekarang dan masa depan untuk menebusnya. Masih ingat, suatu kali, Mahatma Gandhi ditanyai soalan. Seseorang tanya beliau bahawa orang itu telah bunuh seorang kanak-kanak Muslim, jadi barangkali dia akan pergi ke neraka, apa yang harus dibuatnya? Jadi Mahatma Gandhi beritahu dia bahawa kita boleh buat semula. Kita boleh menebus diri dengan mengangkat kanak-kanak Muslim dan membesarkan mereka sebaik yang boleh. Manusia boleh membuat kesilapan disebabkan kejahilan, disebabkan situasi yang tidak menguntungkan, disebabkan kesusahan kewangan tetapi kita sentiasa boleh menebus diri. Menebus dosa dengan beri bantuan. Buat sebaliknya. Buat apa yang kita boleh untuk hapuskan kenangan buruk, rasa bersalah dan kesilapan buruk. Buat masa depan yang lebih cerah mulai sekarang.Dalam agama Buddha, dalam sesetengah rekod kitab, salah satu orang – atau hari ini pun, sesetengah penganut Buddha terutama lelaki berkata, “Oh, wanita tak dapat menjadi Buddha.” Bagaimana jika wanita itu sudah pun Buddha? Bagaimana jika Dia kembali semula sebagai manusia biasa untuk berintegrasi dengan manusia supaya dapat membantu dunia dalam bentuk wanita? Kerana menjadi lelaki tak sentiasa menguntungkan untuk miliki kuasa yang mencukupi bagi menjalankan misi Tuhan. Bergantunglah, kerana Buddha atau Bodhisattva boleh buat banyak perkara.Jika anda masih ingat akan Kitab Teratai, Bodhisattva Quan Yin berkata bahawa Dia dapat menjelmakan diri untuk menjadi wanita dara, lelaki dara, pegawai, orang kaya, peniaga dan lain-lain untuk membantu sesiapa saja dalam apa-apa saja situasi di mana Dia anggap wajar untuk bantu orang itu atau kumpulan orang itu atau negara itu. Jadi bagaimana jika Bodhisattva Quan Yin jelmakan diri sebagai seorang wanita yang datang ke dunia kita untuk membantu manusia? Apa-apa pun itu, saya nak menekankan kepada anda bahawa, wanita, anda ialah ibu umat manusia. Buddha pun menangis apabila nampak timbunan tulang yang besar kerana tulang itu hitam berbanding dengan tulang lelaki di sebelah yang lain, dan menangis apabila Baginda dengar bahawa ini ialah tulang wanita kerana wanita banyak menderita secara fizikal.Menjadi ibu atau perempuan dalam keluarga ialah kerja keras terutama pada zaman dahulu sewaktu wanita lebih banyak disekat. Kita tak boleh keluar berseorangan. Hari ini pun, di banyak negara, jika wanita keluar berseorangan, lelaki boleh timbulkan kesusahan untuk dia. Di India pun, negara yang rakyatnya sangat beriman, atau di sesetengah negara Afrika pun, anda nampaknya. Tetapi anda ialah ibu umat manusia. Manusia harus sangat sayangi, berterima kasih dan hormati anda. Anda ialah ibu para Buddha, Christ yang dipuja oleh seluruh dunia. Anda ialah ibu semua Santo dan Orang Suci lelaki atau perempuan. Anda ialah ibu presiden, perdana menteri, pegawai tinggi, semua lambang terbaik, orang terbaik yang dikagumi, dipuja atau dicemburui orang. Anda ialah ibu kepada mereka semua. Jadi berbanggalah, hormati diri sendiri, ada harga diri – bukan kesombongan tetapi harga diri – tahu apa yang Tuhan berikan kpd anda sebagai kuasa untuk menjadi ibu. Itu kedudukan yang sangat mulia dan memang tinggi. Sebab itulah dalam banyak agama, kanak-kanak diberitahu supaya menghormati dan taat kepada ibu bapa. Dah tentu, itu termasuk ibu.Saya katakan apa-apa saja yang saya teringat, jadi mungkin saya melompat subjek sikit. Dalam sesetengah mazhab agama Buddha, mereka berkata bahawa badan wanita adalah kotor dan anda tak dapat menjadi Buddha tetapi itu hanyalah kata-kata umum. Buddha boleh menjadi apa-apa saja. Mengapa Buddha sentiasa menjadi lelaki? Apa bezanya? Hanya satu benda kecil di bawah sana, itu akan mengesahkan anda ialah Buddha? Atau itu akan membolehkan anda menjadi Buddha? Itu tak masuk akal. Saya macam tak percaya. Kerana sebenarnya saya sendiri dulu merupakan Bodhisattva Quan Yin juga, contohnya, banyak kali. Banyak kali, saya ialah wanita pada masa itu, dalam bentuk wanita – tak sentiasa dipuja atau difahami, kadangkala secara senyap juga. Kita ada banyak Buddha wanita juga. Dalam kumpulan saya, ada sekurangnya dua penetap ashram, biksuni yang telah capai peringkat Buddha. Mereka sudah meninggal dunia. Kami ada gambar mereka di Ashram Alam Baharu supaya orang boleh ada itu, dapat lihatnya untuk mengingatkan diri bahawa wanita juga dapat menjadi Buddha jika anda ada kaedah yang betul untuk jalankan amalan spiritual.Photo Caption: Setiap Hari ialah Hari Musim Bunga Roh