Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kasih Sayang Tim Qo Tu akan Menang, Bahagian 3 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

“Jika dunia menjadi vegan, COVID-19 ini akan hilang, seperti ia tak pernah wujud. (Wau!) Maka jika seluruh dunia menjadi vegan esok, lihatlah, wabak akan hilang dengan serta-merta.”

Sebagai pemimpin, kita sepatutnya memimpin orang ke arah yang betul jika kita dah tahu apa baik untuk mereka. Itu tugas kita. Tapi nampaknya mereka tak buat banyak atau tak cukup pantas, kerana mereka tahu bagi sepotong daging, jika orang terus makannya, maka kanak-kanak dan orang lain, kanak-kanak, wanita, lelaki, haiwan di planet ini akan dimudaratkan, dicederakan, dibunuh atau dicacatkan. Dan generasi-generasi seterusnya, anak, cucu-cicit mereka akan alami kepanasan seperti di neraka disebabkan oleh perubahan iklim yang disebabkan oleh pemakanan daging, bermakna industri daging. Jadi saya tak tahu mengapa mereka teragak-agak dengan begitu lama, belum berkata lagi Syurga, neraka, hukuman, ganjarannya, apa-apa lagi. Sebagai manusia, kita perlu saling menjaga, menjaga manusia lain dan haiwan, makhluk yg lebih lemah, kurang berupaya dengan melakukan apa yang betul untuk melindungi kita dan mereka. Demi Tuhan! Saya harap mereka segera melakukannya. Jika tidak, kita semua pergi ke neraka kecuali orang baik kerana mencederakan makhluk lain, secara sengaja atau tidak.

Pada hari-hari ini, saya begitu sedih apabila saya perlu menyaksikan klip Supreme Master Television, perbuatan ganas. Saya banyak menangis dan rasa tak dapat ditenangkan kerana saya rasai begitu banyak penderitaan untuk haiwan, cara mereka mati, dibunuh dengan kejam. Dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan macam itu. Maksud saya, kita semua akan mati suatu hari. Mereka semua akan mati suatu hari tapi bukan dengan cara itu. (Ya, Guru.) Kerana ini soal manusia. Jika manusia menerima jenis cara hidup kejam, gasar ini, maka kita tersesat. (Ya, Guru.) Habislah kita. Kita bukan manusia lagi. Kita ialah makhluk tak berkasih sayang dan ini sangat buruk. Saya bukan sahaja menangis disebabkan cara ganas mereka memperlakukan haiwan tapi juga untuk seluruh bangsa manusia yang begitu tersesat. (Ya, Guru.) Begitu tersesat.

OUP (Pelindung Alam Semesta Asal) beritahu saya, “Guru, semua pendosa dan syaitan ghairah telah berada di neraka dan dihukum.” Saya kata, “Okey. Bagus. Pastikan mereka berada di sana. Tak perlu menghukum mereka tapi pastikan mereka berada di sana, dikurung selama-lamanya.” Cuma racun masih wujud dalam diri manusia, dalam sistem manusia, diri mereka. “Aku dah letih, perlu bersihkannya. Bagi badan yang dah tua, adalah meletihkan dari segi fizikal dan mental.” Maksud saya, badan saya dah tua. Bagi badan yang dah tua, terlalu meletihkan, saya kata. “Biar kita lihat apa lagi yang boleh dibuat untuk membersihkan kotoran dunia ini.”

Saya baru teringat bahawa sesetengah badan penjelmaan saya, sesetengah daripada mereka ialah VIP. (Oh, wau!) Salah satu daripada mereka ialah pelakon terkenal, mendapat banyak anugerah. (Wau!) Menangi Oscar dan sebagainya. (Wau, hebatnya!) Sesetengahnya ialah pemimpin besar, tertinggi dalam dunia politik, (Wau!) dua orang. Okey, tak apa. Oleh sebab kita bekerja di peringkat roh, kita tak banyak memikirkan hubungan fizikal. (Okey. Wau! Ya, Guru.)

Saya tanya Dewata, “Mengapa gangguan masih timbul di sekeliling aku. Engkau tak mengheret semua syaitan ke neraka ke? Dan penyebab kesusahan juga? Aku telah mengarahkan 2,500 Dewa untuk ini, utk melakukannya tapi Engkau masih tak dapat?” Saya tak tulis jawapannya, mungkin terlalu sibuk juga. Saya tak ingat apa yang Mereka katakan. Atau mungkin Mereka jawab pada hari lain. Sepatutnya jawab hari ini tapi saya terlupa dengar. (Ya, Guru.) Itu pada 9 Mei. Saya tak tulis jawapannya. Ini bermakna saya tak dengar, terlalu sibuk atau terlalu letih. (Okey.) Jadi soalan ini dibiarkan tak dijawab. Barangkali sama juga dengan soalan lain yang kita dengar sebelumnya. (Okey, Guru.)

Saya baca ke belakang, sekarang pada 8 Mei. Saya mendapati bahawa ada jenis COVID-19 yang lebih kuat. Ia lebih banyak merebak melalui mata, sangat kuat dan lebih senang untuk merebak. Kerana kebanyakan orang memakai penutup mulut tetapi tak menutup mata. COVID-19 telah menjelmakan jenis yang lebih kuat untuk merebak melalui mata dan hidung juga. Sesetengah orang menutup mulut tetapi tak menutup hidung. Lawak. Saya lihat sesetengah kakitangan dapur sebelumnya, saya sentiasa perlu ingatkan mereka, “Tolonglah, tutup hidungmu juga. Jika tidak, tak berguna.” “Dan sangat kuat sekarang.” Saya lihat pada masa itu. “Keseluruhannya, merata tempat juga,” dan ia juga telah termutasi untuk memudaratkan kanak-kanak dengan jenis yang berbeza, cara yang berbeza.

“Bukan hanya COVID-19, malapetaka lain akan memusnahkan Bumi dan orang.” Sebab itulah saya beritahu maya, “Aku dah tahu, buat apa kau beritahu aku segalanya yang aku dah tahu ini?” Dia hanya nak meminta saya supaya selamatkan orangnya yang menyamar supaya mereka boleh terus mengawal Bumi, menyeksa orang, haiwan dan makhluk-makhluk lain. Ya Tuhan. “Hukuman akan menjadi lebih berat.”

Saya menulis di sini tentang seseorang membunuh ahli sains tertentu untuk cuba mencuri hasil penemuan mereka untuk bantu menghentikan wabak COVID-19. (Oh!) Saya tulis untuk saya sendiri. Saya kata, “Dahsyatnya. Mereka tak seharusnya melakukan ini. Ia boleh begitu baik untuk pesakit di dunia.” (Wau!) Ini seorang pengintip dan dia seorang pelajar universiti sains. Jadi dah tentu mereka tahu di mana ialah apa, siapa melakukan apa. Saya kata, “Dahsyatnya ini. Penemuan ini boleh begitu baik untuk dunia, untuk wabak ini. Aku harap sekurang-kurangnya mereka curi tetapi akan kongsinya.” Faham apa yang saya katakan? (Ya.) Bagi sesiapa yang memegang kuasa, mereka harus kongsi walaupun mereka curinya. Supaya ahli sains itu sekurang-kurangnya tak mati dengan sia-sia saja. (Ya, Guru.) Itu pada 7 Mei.

Pada 6 Mei, “Oh, Tuhan Yang Maha Berkuasa, semua haiwan yang menderita sejak zaman dahulu kala, biarlah Dewata OU (Alam Semesta Asal) bawa mereka semua ke atas, tiada yang dikecualikan. Mereka dah cukup menderita, terlalu banyak menderita. Biar mereka pergi ke Alam Spiritual Baru Tim Qo Tu.” Doa saya. “Dengan belas kasihan-Mu dan semua Syurga, mereka akan diampuni. Tolonglah, Dewata Ihôs Kư, bawa mereka semua ke atas untuk aku. Aku memaafkan mereka semua. Atas nama Yang Maha Tinggi, mereka akan dibawa ke atas dgn segala kasih sayang, kegemilangan, maruah dan kemegahan. Oh, Yang Maha Besar, biarlah mereka tahu Engkau ialah Kasih Sayang, Engkau ialah Kemurahan, Engkau ialah segalanya yang boleh kami bayangkan dan tak boleh kami bayangkan. Biar kita bawa mereka balik ke Rumah. Aku memuliakan dan cintai Engkau, memuja Engkau. Memuja Nama-Mu. Amin.” Saya terlalu terdesak. Saya berkata kepada diri sendiri. (Terima kasih, Guru.) Saya selalu berdoa. Di Bumi pun, kita buat sesuatu tapi kita tetap berdoa untuk orang lain. (Ya, Guru.)

Ini tak apa. Saya teringat sesuatu pada masa silam kerana saya dapati sesetengah negara di mana saya alami sesuatu penderitaan, dihina atau mereka menimbulkan sesuatu jenis kesusahan, mereka juga lebih banyak menderita drpd negara lain dalam wabak ini. Jadi saya kata teringat ini dan itu dan itu sebabnya. Sata tak tahu sama ada saya harus beritahu kamu semua ini. Ini perkara negatif. Saya perlu menderita walaupun pergi ke negara-negara yang berlainan secara diam-diam, berpakaian biasa, pergi ke sana sini secara diam-diam untuk cuba berdoa untuk negara itu, kurangkan penderitaan mereka. Mereka tetap memperlakukan saya dengan buruk. (Wau!) Walaupun saya tak mudaratkan siapa pun. Sesetengah kawasan, mereka mengesyaki. Bukan disebabkan oleh mereka saja. Mereka dipaksa. Mereka didesak oleh hantu dan syaitan ghairah. Mereka mengkhusus dlm melakukan itu. Jadi ia buatnya lebih teruk bagi saya. Ini buat negara itu lebih banyak menderita daripada yang sepatutnya. Saya sangat bersimpati tapi... (Ya, Guru.) Jadi saya teringat waktu negatif dan derita ini di negara-negara ini dan itu.

Ini dah sangat lama, Mei. Beberapa labah-labah asyik beritahu saya perkara. (Wau!) Sesetengah perkara tidak baik tetapi sesetengah perkara baik, seperti mereka kata, “Bergembiralah,” ini dan itu, “Engkau akan menjadi lebih baik, jangan risau.” Dan sebagainya. (Ya, Guru.) Kadangkala mereka bergosip. Mereka kata, “Orangmu tak bekerja dengan begitu rajin.” Saya kata, “Mereka hanyalah manusia, kadangkala mereka letih. Kadangkala badan mereka tak membenarkan atau buat mereka letih atau kadangkala sesuatu yang enak, mereka makan terlalu banyak, jadi menjadi letih. Mereka mengantuk. Saya kata, “Kami di dunia manusia adalah macam itu. Jadi tak apa, tutup mata saja.” Itu pada Ahad, 3 Mei. Kadangkala lucu.

“Jika dunia menjadi vegan, COVID-19 ini akan hilang, seperti ia tak pernah wujud. (Wau!) Maka jika seluruh dunia menjadi vegan esok, lihatlah, wabak akan hilang dengan serta-merta.” Saya kata, “Aku bermimpi saja.” “Heret syaitan ghairah ke neraka.” Saya kata, “Lakukannya sekarang juga demi keamanan.” Saya kata, “Terima kasih.” Saya arahkan lebih 2,000 Dewa supaya mengheret mereka semua keluar. (Wau!) (Terima kasih.) Sama-sama. Kerana jika kurang, maka tak cukup. (Ya, Guru.) “Heret mereka, makhluk halus jahat ini ke neraka juga. Makhluk halus yang tak memudaratkan boleh berada di sini, saya tak kisah. Heret mereka ke neraka atau sebarang tempat yang sesuai. Planet ini bukan untuk kau. Bukan untuk syaitan dan hantu ghairah dan jahat ini. Ia untuk makhluk hidup saja. Semua makhluk mati, makhluk jahat, hantu pun, mesti pergi dari sini. Semua pembuat kacau mesti pergi dari sini. Pergi ke mana, ikut keadaan, bukan sini, kecuali malaikat baik, pelindung, santo, makhluk suci dan semuanya yang tak memudaratkan boleh berada di sini. Tapi semua makhluk yang memudaratkan mesti tinggalkan sini juga dlm tiga hari.” Saya berkata kepada Ihôs Kư. Itu pada 3 Mei.

Saya tanya Dewa Vaksin pada 30 April, “Bilakah vaksin akan sedia untuk COVID-19?” Mereka kata, pada Julai. (Wau!) Tapi saya tak tinjau. Mungkin. Mereka kata, “Ia akan ditemui di Britain.” “Oxford.” (Oh!)

( Menurut laporan berita bertarikh 25 Jun 2020, 15 hari selepas persidangan ini, UNIVERSITY OXFORD DI BRITAIN telah sampai ke tahap akhir percubaan klinikal dengan vaksinnya untuk COVID-19. Vaksin ChAdOx1 nCoV-19 akan diuji untuk keselamatan dan keberkesanannya pada populasi di Britain dan ia juga diuji di Afrika Selatan dan Brazil. Jika vaksin ini terbukti berkesan, ia akan menjadi salah satu vaksin COVID-19 pertama di dunia yang diluluskan dan digunakan. )

Mereka kata, “Terdorong untuk vaksin, membunuh lebih banyak daripada membantu, hingga...” Wau! Saya kata, “Berapa banyak orang dijangkiti dan mati hingga masa itu?” Mesti cari cara yang lebih baik.” Jadi Dewa Mangsa beritahu saya bahawa Dia tak membuat mangsa. Dia hanya memantau. (Ya, Guru.) Lebih kurang berapa banyak mangsa dan sebagainya. Ini ialah Dewa Mangsa di Alam Bayang. Dia beritahu saya. “Orang yang dijangkiti...” Ya Tuhan, saya tak dapat mempercayai apa yang saya tulis. Biar saya tinjau sekali lagi sama ada ini betul. (Baiklah, Guru.) Pasti berjuta-juta, tak boleh berbilion-bilion. Ia nyatakan, “Yang dijangkiti sebanyak berbilion-bilion, lebih 3 bilion. Yang mati akan sebanyak berjuta-juta, (Wau!) lebih 4.2.” Itu apa yang Mereka beritahu saya. “Kakitangan Supreme Master TV dan M (Guru) takkan termasuk dalam ini. Anak murid Taiwan (Formosa) takkan termasuk dalam ini. Anak murid di seluruh dunia takkan termasuk dalam ini juga, hingga kini.” (Terima kasih atas perlindungan Guru.) “Kebanyakan kematian adalah di China. Terima kasih, Dewata Maklumat. Terima kasih, Dewa Mangsa.” Kerana saya perlu tanya Dewata Maklumat dulu, jadi saya perlu berterima kasih kpd Dewata Maklumat juga. (Ya, Guru.) Saya tanya, “Aku boleh tanya siapa tentang hal ini dan itu?” Dia akan lihat ‘komputer-Nya’ dan beritahu saya, “Okey, Dewa ini bertanggungjawab atas itu.” Dewa itu melakukan ini, Dewa itu melakukan itu. Sebab itu saya berterima kasih kepada Dewata Maklumat dan Dewa Mangsa.

“Dewa Peringkat Keempat menolak.” Semuanya akan pergi ke neraka, yang mati, hingga kini, kecuali orang yang ada hubungan dengan saya dan berbuat baik. (Ya, Guru.) Jadi yang selebihnya pergi ke neraka. “Semua haiwan yang disembelih, diseksa pergi ke Syurga Peringkat Keempat.” Saya meminta itu dan ia berlaku. (Wau! Terima kasih, Guru.) Saya kata, “Terima kasih. Kasih, kasih. Terima kasih. Kasih. XX. Semoga Engkau dirahmati.” (Begitu berbelas kasihan.) Saya menulis seperti kanak-kanak di sini. Tiada tatabahasa, tiada urutan, tiada kekemasan, cakar ayam. Saya masih dapat baca tulisan sendiri, saya terkejut. (Terima kasih kerana berkongsi.) Sama-sama.

Semasa saya baca senarai di televisyen... Kadangkala kamu berikan senarai kepada saya untuk diperiksa tentang hayat silam saya (Ya.) dan saya mahu memastikan. (Ya, Guru.) Saya khuatir mungkin saya tersilap lihat. Tapi hanya untuk memastikan. Untuk jujur. (Ya, Guru.) Jadi saya tanya Dewata Maklumat, “Aku harus tanya siapa?” Kerana saya tak dapat sentiasa pergi ke Peringkat Kedua untuk lihat rekod Akashic. Kadangkala terlalu banyak karma, kadangkala saya tiada masa. Kerana pergi ke sana adalah meletihkan. Itu peringkat yang rendah. Jadi saya tanya Dia, “Aku harus tanya siapa?” Jadi Dewata Maklumat beritahu saya, “Tanya Dewa Santo.” Dewa yang tahu segalanya tentang Santo di planet ini (Oh! Okey. Wau!) dan planet-planet lain. Jadi Dia beritahu saya. Di sini ialah Dewa Santo, tanda noktah bertindih dan tanda petik: “Engkau...” bermakna Guru. “Engkau...” saya, “...memang...” Perkataannya kabur. Saya menangis atau sesuatu. “...memang ialah semuanya dalam senarai hayat silam untuk Supreme Master TV itu.” Tanda petik tutup. (Wau!) Jawapan singkat. Jadi saya kata, “Terima kasih.”

Saya ucapkan terima kasih kepada Dewa Peringkat Keempat dan berkata, “Aku berjanji kepada Engkau bahawa Engkau akan memerintah dari Bumi ke Syurga Ke-4 selama-lamanya. Semuanya milik-Mu. Jika Engkau dah jemu dengannya, juga boleh pergi ke Alam Baru dan bersara.” Saya bergurau dengan-Nya. “Aku akan dapatkan seseorang untuk gantikan Engkau. Jangan risau. Hanya jika Engkau mahu. Kemegahan kepada Engkau.” (Wau!) “Memuji Engkau kerana bawa semua haiwan yg menderita ke alam-Mu, Dewa Peringkat Keempat. Kasihi Kau. Kasih sayang besar. (Wau!) Terima kasih kerana juga menerima haiwan kesayangan baik, haiwan baik yang berkhidmat atas nama kasih sayang terhadap makhluk lain. Hore, hore.” (Yay!) Ya. Saya juga berterima kasih kpd-Nya tetapi kadangkala saya tak tulis di sini. Ucapkan terima kasih kepada-Nya kerana menerima hantu ghairah dan roh-roh lain yang bertaubat.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/9)
1
2020-06-29
21036 Tontonan
2
2020-06-30
15851 Tontonan
3
2020-07-01
28352 Tontonan
4
2020-07-02
13931 Tontonan
5
2020-07-03
10993 Tontonan
6
2020-07-04
10719 Tontonan
7
2020-07-05
12283 Tontonan
8
2020-07-06
10834 Tontonan
9
2020-07-07
11539 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android