Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Ambil Tindakan Berani untuk Dunia Vegan! Bahagian 1 drpd 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jadi kasih sayang adalah melihat ke arah yang sama. Jadi kita tak pernah terpisah. Lagipun, meskipun kita tak saling berjumpa dalam hayat ini, dalam hidup fizikal ini, kita akan sentiasa saling berjumpa di sesuatu tempat yang tak dapat kamu bayangkan.

Hei! Halo. (Halo, Guru!) Apa khabar? ( Khabar baik. ) Kamu kelihatan cantik di sana dengan perhiasan. Tuhan rahmati kamu. Dapat dengar suara saya tak? (Ya.) Bagus. Saya lihat banyak daripada kamu dari negara asing mengambil masa dan hadapi kesusahan untuk datang ke Ashram Alam Baru dan saya ingin sekali berjumpa dengan kamu. Tapi saya masih bersuluk. Kemudian apabila saya nak jumpa dengan kamu di Hsihu lepas itu, saya tak dapat lakukannya. Kamu tahu karma, kan? (Ya.) Karma sentiasa ialah masalah. Kamu tahu, kan? Jika itu karma satu orang, lebih senang untuk diuruskan. Jika itu karma banyak orang, maka kamu dah tahu. Itu lebih rumit dan sukar untuk diuruskan. Satu lagi perkara, jika itu karma dunia, maka okey, kamu boleh bayangkan. Kamu boleh bayangkan. Suluk ini, saya perlu banyak bekerja. Selain kerja dalaman, malah perlu menguruskan kerja luaran juga. Maya benar-benar mengganggu suluk saya kali ini, dengan rajin sekali, saya perlu kata. Jika maya boleh gunakan semua kuasa dan kerajinan ini untuk bantu saya, saya akan menjadi tak terkalahkan. Kita dapat mengubah dunia ini menjadi syurga dengan begitu saja. Malangnya, dia tidak. Entiti ini, sesiapa saja entiti yang kita panggil maya ini, tak membantu kita. Dia berdiri di sebelah bertentangan dengan impian kita dan kesejahteraan manusia. Suluk ini tak selancar suluk pertama yang saya jalankan. Lagi banyak saya bekerja di dalam untuk dunia, jenis tenaga yang lagi buruk maya hantar kepada saya. Tapi saya takkan berhenti. Saya sentiasa beritahunya. Saya sentiasa beritahu entiti itu. Kamu buat apa yang kamu mahu dan saya buat apa yang saya mahu. Tapi saya takkan berhenti disebabkan kamu, jadi jangan mimpikannya.

Saya berada di kawasan sejuk yang kecil. Bagaimana dengan kamu? Adakah kamu rasa selesa atau sejuk di sana? (Kami baik-baik saja.) Kamu rasa selesa? (Ya.) Tak terlalu sejuk? (Tidak.) Okey, bagus. Saya baik-baik saja. Cuma mencabar sikit kali ini Cuma mencabar sikit kali ini berlawan dengan semua belah – belakang, depan, atas, bawah, kiri, kanan. Tapi saya baik-baik saja. Cuma saya tak dapat jumpa dengan kamu. Itu satu-satunya perkara yang dikesali. Saya memang rasa bahawa kamu ingin sekali berjumpa dengan saya (Ya!) dan dalam hati saya, saya ingin membalas kasih sayang yang kamu hantar kepada saya itu, kerinduan kamu, kerana sesetengah daripada kamu dah lama tak berjumpa dengan saya, dan saya begitu juga. Saya memang rasa kesal tak dapat berjumpa dengan kamu. Saya ada cuba, tapi pada saat akhir, saya tetap tak dapat lakukannya. Kejadian berlaku, ya? Okey? Tak perlu sebut banyak perkara negatif di sini kepada kamu. Saya rasa gembira melihat kamu kelihatan gembira, berseri-seri selepas bermeditasi begitu banyak hari. Saya ucapkan tahniah. Tahniah. Namun, kita masih ada kali lain, peluang lain. Kita harap begitu. Kita bekerja bersama dalam ini. Jadi kasih sayang adalah melihat ke arah yang sama. Jadi kita tak pernah terpisah. Lagipun, meskipun kita tak saling berjumpa dalam hayat ini, dalam hidup fizikal ini, kita akan sentiasa saling berjumpa di sesuatu tempat yang tak dapat kamu bayangkan. Tapi kamu boleh memikirkan, bermimpikan ini. Itu alam terang yang kita tiada perkataan dalam kosa kata kita untuk diterangkan, dijelaskan, digambarkan. Otak kita tak dapat benar-benar faham atau bayangkan. Tapi tak apa, kita akan sampai ke sana. Dalam sesetengah sesi meditasi kamu, visi kamu, barangkali kamu telah nampaknya sepintas lalu. Dewata peringkat atas begitu berbelas kasihan, malah menunjukkan kepada kita di planet ini dengan dua matahari. Sebelumnya, seseorang mengambil gambar di Mongolia, ia menunjukkan itu. Ada sebuah planet di belakang matahari, bersama dengan matahari. Tak dapat menggambarkan alam itu, alam kesedaran baru. Tapi itu hanyalah mesej simbolik untuk dunia mengetahui bahawa kami ada alam baru untuk kamu, roh yang wajar memperolehnya, anak Tuhan tersayang. Saya sangat gembira dgn kita nampak itu di dunia fizikal.

Saya lihat kamu datang dr merata tempat: Argentina, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Jerman. Apa lagi? India. (Australia. Mongolia.) Mongolia. Itu saya tahu. China, Vietnam atau Âu Lạc. Kamu datang dari mana lagi? Britain, Amerika, Australia. Saya terlepas apa? Beritahulah saya. ( New Zealand, Guru. ) Ya! New Zealand, dah tentu. (Hungary.) Oh, wau! Hungary, begitu jauh. Terima kasih kerana datang. (Terima kasih, Guru.) Terima kasih. ( Australia, Guru. ) Australia saya dah sebut, kan? Siapa lagi yang saya terlepas? ( Kanada, Guru. ) Kanada! Ya, dah tentu. Saya tak boleh terlepas itu. Jauh lebih banyak lagi. Saya memang suka berjumpa dengan kamu. Maksud saya, ini seperibadi yang boleh buat masa ini. Tapi saya ingin berada di sana bersama kamu. Sedut udara yang sama. Saya tak benar-benar begitu rindui kamu. Saya rindui makanan yang mereka sediakan. Saya pasti mereka sediakan makanan yg enak pada hari-hari ini, kan? Berharap saya akan datang nikmatinya tetapi kamu uruskan semuanya. Kamu uruskan makanan yang enak ini untuk saya, termasuk bahagian saya, betul? (Ya.) Saya tak perlu terus mata untuk lihat ini. Saya tak perlu menjadi Nam Sa-go atau Nostradamus untuk lihat semua ini. Baik untuk kamu. Saya tak sentiasa ada tuah ini.

Jadi sesetengah tempat sangat indah, seperti Hungary, kawasan desa yang dulu kita bermeditasi dan adakan suluk yang baik itu, saya tak dapat diami. Saya mahu. Saya suka karavan yang sangat kecil itu, 2 × 2 meter atau 2 × 2.5 meter. Saya ada segalanya yang diperlukan, malah sebuah singki untuk cuci tangan, mengambil air untuk menjerang air kadangkala, dengan berdikari. Saya rasa sangat bebas di dalam karavan kecil itu. Lepas itu, kamu ada yang lebih besar di sudut taman. Saya cuba tinggal di sana juga tetapi tak rasa seselesa yang kecil itu. Ia berbentuk separuh bujur. Di dalamnya malah ada sebuah katil yang boleh saya kongsi dengan anjing. Kemudian ada sofa kecil, seperti bangku, dan meja untuk kita bekerja. Kemudian di luar, kami bina anjung kecil tambahan, kemudian saya boleh menempatkan beberapa ekor anjing di dalam rumah anjing di luar. Saya malah membina tangga kecil untuk anjing. Kami tiada ruang yang mencukupi, jadi saya sediakan dupleks untuk anjing supaya ia boleh turun macam itu. Saya memang rasa sangat selesa di dalam karavan kecil itu. Begitu selesa.

Dan orang Hungary melayan saya dengan baik sekali, seperti puteri atau permaisuri. Mereka bawa makanan yg baik utk saya, memasak goulash yang enak. Saya tak pernah makan di tempat lain goulash yang begitu enak seperti di sana. Saya masih ingat itu. Ada seorang saudara, Dia memasak goulash yang enak. Saya tak ingat namanya. Tapi saya tak begitu pandai dalam bahasa Hungary. Bahasa mereka memang di luar dunia ini. Saya tak pernah dengar apa-apa macam itu di Eropah. Saya tak nampak apa-apa yang ditulis macam itu di Eropah. Betul? Orang Hungary? (Ya.) Ia sangat berbeza. Tetapi goulashnya memang sangat enak pada masa itu. Mungkin dia masak dengan kasih sayang. Atau mungkin itu bahan yang betul. Kerana mereka ada sos cili merah istimewa di Hungary. Jika kita tiada itu, rasanya tak sama. Itu bahan yang sangat penting dalam goulash yang dimasak oleh orang Hungary. Ia dibuat di Hungary. Ia ditanam di Hungary juga. Hungary sebuah negara yang ada banyak keluaran pertanian yang baik, sihat, selamat dimakan. Jadi jika kita tinggal di Hungary, ia sebuah negara pertanian, kita takkan lapar sama sekali. Saya tak tahu mengapa mereka gunakan nama ‘Hungary’. Kita takkan ‘hungry’ (lapar) di ‘Hungary’, itu dah pasti.

Ia di tengah-tengah Eropah dan iklimnya sentiasa hampir sama, tak begitu banyak berubah. Mungkin dengan perubahan iklim, ia berubah sikit, tetapi oleh sebab ia di tengah-tengah Eropah, ia tak begitu banyak terpengaruh, dan tradisi pertanian Hungary takkan berubah. Ke mana pun kita pergi, kita nampak mereka tanam sayuran, tanam bijirin, tanam pokok bunga matahari. Di kebun ada banyak keluaran lain yang dapat tampung keperluan seluruh negara dan ada lebihan. Betul, orang Hungary? (Ya.) Lihatlah, saya tahu. Saya tahu negara kamu. Jika cuaca panas di sesuatu tempat, kita boleh pergi ke Hungary. Jika iklim terlalu banyak berubah, kita boleh pergi ke Hungary. Jika kita rasa negara lain tak dapat bekalkan makanan yang cukup utk kita, kita pergi ke Hungary. Taraf hidup di sana sangat menjimatkan. Kita boleh beli rumah sederhana, mungkin AS$30,000, dan kita dah rasa gembira di sana. Saya tak nak tinggalkan karavan kecil saya. Saya tak perlukan rumah kecil. Karavan kecil saya dah cukup bagus. Kerana di sana, orang tak ganggu kita. Orang benar-benar tak ganggu kita. Kita di tengah-tengah tanah ladang. Di sekeliling kita semuanya ladang, sawah, ladang gandum atau jagung. Mereka tanam segala jenis tanaman. Hanya petani tinggal di sekeliling sana. Jadi kita dapat lihat pemandangan yang sangat indah, terbuka dan udaranya segar. Ada banyak pokok di sekeliling juga dan tiada orang ganggu kita. Jadi kita rasa sangat bebas tinggal di sana.

Orang Hungary sangat sederhana, berfikiran murni. Kecuali Slovenia, saya tak nampak negara Eropah yang lain ada meditasi berkumpulan dengan bumiputera seperti Hungary. Kita juga berterima kasih kepada saudara kita di sana yang bantu pada permulaan misi saya lagi, bermakna sangat lama dahulu. Saya tak nak ingat kerana itu akan mengingatkan saya bahawa saya dah terlalu tua. Tapi sangat lama dahulu, saya belum begitu terkenal di merata tempat di dunia, sejak saya julung kali pergi ke Hungary satu kali, kemudian mereka mula menterjemahkan apa-apa saja ajaran saya yang tidak seberapa itu dalam tulisan pada masa itu. Kemudian mereka menyebarkannya ke merata tempat. Oleh itu, kita ada banyak saudara Hungary. Itu disebabkan oleh kerajinan saudara pertama kita di Hungary. Kita tiada banyak pada masa itu tapi dia salah satu daripada yang utama, menolak dan menarik roda Dharma di Hungary. Jadi banyak orang di Hungary menyertainya. Bukan sahaja menyertainya tetapi sesiapa yang terima inisiasi juga tidak goyah disebabkan oleh terjemahan apa-apa saja ajaran yang dia ada pada masa itu. Saya berdoa agar Syurga berkatinya dan semua orang yang terlibat pada peringkat awal.

Saya masih sangat rindui Hungary. Saya rindui karavan kecil itu. Tolong jangan jualnya, jangan sewakannya. Simpannya untuk saya, kosong pun. Tak banyak, hanya 2 × 2 meter. Tak banyak di dalam untuk sesiapa beli atau cemburui sebagai sesuatu yang bernilai. Itu hanyalah karavan kecil untuk satu orang. Itu karavan satu orang. Nasib baik saya satu orang saja, jadi boleh gunakan karavan yang begitu baik. Untuk dua orang mungkin terlalu sesak, walaupun kita kata ‘dua ialah teman’, namun di dalam karavan itu adalah ‘sesak’. Anjing tak kisah. Saya tak kisah anjing saya kerana mereka tak buat kacau sama sekali. Mereka tak main permainan dengan kita. Mereka tak ganggu kita. Mereka sentiasa damai, penyayang, beri perhatian penuh dan hargai apa-apa saja yang saya berikan kepada mereka.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/5)
1
2020-07-29
5746 Tontonan
2
2020-07-30
3974 Tontonan
3
2020-07-31
4168 Tontonan
4
2020-08-01
6242 Tontonan
5
2020-08-02
6284 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android