Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sebenarnya Siapa Boleh Ditebus? Bahagian 2 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Cicak pun beritahu saya sekali lagi. Seekor lagi cicak datang. Ia berkata, “Demi ketenangan Guru, jangan lihat berita negatif.” (Wau!) Saya kata, “Aku hanya lihat tajuk berita di telefon bimbit.” Ia kata, “Tetap tak baik. Jauhkanlah diri dari itu.”

Saya tiada kamera pada saya. Kemudian saya nak ambil gambarnya untuk ditunjukkan kepada kamu apa jenis labah-labah yang saya nampak sebelumnya. Labah-labah yang datang menyelamatkan saya daripada ular. (Ya, Guru.) Itu sama dengan dia, cuma lebih besar. Jika kamu lihat berwarna perang muda dengan badan berbentuk bulat, itu jenisnya. Mereka begitu baik hati. Lepas ia beritahu saya apa yang diberitahunya, saya berkata kepadanya, “Jagalah diri dan anak dalam perutmu,” dan sebagainya. Kemudian ia tinggalkan sana. Saya rasa kesal lepas itu kerana ia kelihatan macam labah-labah yang bantu menyelamatkan nyawa saya di bilik stor, tempat lain, dan saya rasa kesal tak mengambil gambarnya. (Ya, Guru.) Saya nak menunjukkan kepada kamu jenis labah-labah ini kerana di (Supreme Master) TV kita, mereka memaparkan jenis labah-labah yang lain. Jenis labah-labah ini, saya tak nampak mereka membuat sawang atau apa-apa. Mereka hanya bergerak ke sana sini. (Ya, Guru.) Yang berwarna perang, dan bulat, kelihatan macam ketam. (Ya.) Jadi saya rasa kesal dengan saya tak ambil gambarnya. Mungkin saya tiada kamera pada saya. Saya temuinya di tempat lain. Dalam persekitaran yang sama, cuma di rumah lain (Ya, Guru.) sementara saya membuat sesuatu, kemudian apabila saya balik ke bilik saya, saya rasa kesal. Saya kata, “Aku seharusnya mengambil gambarnya untuk ditunjukkan kepada pasukanku.” Jenis itu. Bukan labah-labah yang sama tetapi jenis itu. (Ya, Guru.) Saya kata, “Oh, labah-labah, aku terlupa mengambil gambarmu. Boleh kau kembali ke sesuatu tempat, kembali ke rumahku?” Saya hanya berkata macam itu secara berulangan beberapa kali. (Ya.)

Kemudian itu pun dia, pada hari yang sama, hanya lepas seketika, kerana bagi dia, dia mengambil masa yang panjang untuk merayap sejauh ini. (Ya, Guru.) Tak jauh tetapi cuma bagi dia, haiwan kecil dan dengan bayi di dalam perutnya macam itu, di dalam kantung putih. (Ya.) Kelihatan macam pil, bulat dan putih. (Ya, Guru.) Kemudian dia datang. Tapi saya tak nampaknya. Saya nak menyemburkan air untuk menghilangkan serangga mati. (Ya.) Dia begitu takut, melarikan diri dan saya nampak dia dengan perutnya. Saya kata, “Oh, oh, oh, oh! Minta maaf.” Saya tak menyemburkan air pada dia tetapi bunyi bising dan kebasahan – saya menyembur sikit, titisan kecil (Ya.) – menakutkannya. Saya kata, “Okey, pergilah dari sini. Lindungi dirimu dan bayimu. Minta maaf, aku tak nampak kau.” Jadi saya tak nampaknya sejak itu. Dia pasti sangat takut sekarang. Dia takkan kembali.

Semua haiwan ini, malah serangga, malah sehingga labah-labah dan cicak macam itu, mereka amat menyentuh hati saya. Memang macam itu, seperti yang Injil nyatakan, “Tanya burung dan mereka beritahu kamu. (Ya.) Bercakap dengan ikan dan mereka akan membimbing kamu.” Sesuatu macam itu, tentang haiwan, bahawa mereka akan bantu kita. (Ya, Guru.) Mereka memang ialah pembantu kita. Malah cicak, begitu kecil seperti ibu jari saya. Dan labah-labah, ia lebih besar daripada ibu jari saya. Kemudian dah tentu berkaki lapan. (Ya, Guru.) Ya Tuhan. Ia datang! (Manisnya itu.) Merayap sejauh ini tetapi saya tak nampaknya. Ia di tempat yang sangat jelas tetapi saya begitu sibuk, cuba bersungguh-sungguh utk hilangkan serangga mati dengan menyemburkan air, saya tak perasannya. Itu bagaimana ia rasa takut dan melarikan diri. Saya rasa begitu kesal. Saya asyik meminta maaf. Saya asyik kata, “Minta maaf. Memang, maafkanlah aku. Aku tak maksudkan nak menakutkan kau, tak maksudkan nak cederakan bayimu. Jagalah diri baik-baik.” Itu kisah labah-labah.

Banyak yang berlainan juga, yang kecil pun datang memberitahu saya... Apa yang labah-labah beritahu saya pada petang ini? Ya Tuhan. Saya tiada masa untuk menulisnya. Sekarang saya dah lupa. Yang sangat kecil. O ya! Kerana saya terlalu banyak terganggu. Baru-baru ini, begitu banyak kesusahan dengan kerja kita. (Ya.) Setiap rancangan ada kesusahan. Kamu tahu, kan? (Ya.) Semua orang alami kesusahan juga. Jadi saya rasa mungkin saya perlu berpindah. Banyak serangga datang menyusahkan saya juga. Jenis labah-labah yang berwarna-warni itu datang menghalang saya macam itu. Saya kata mungkin saya harus berpindah ke tempat lain, lebih tenang. Jadi labah-labah ini datang, beberapa ekor beritahu saya, “Terus berada di sini. Lebih selamat bagi engkau.” (Wau!) Saya nak berpindah. Saya dah mengemaskan benda, kemudian mereka semua bergegas datang. Malah burung. Sebelum saya terlupa. Burung datang, beratus-ratus ekor. (Wau, itu mengagumkan!) Beratus-ratus atau beribu-ribu ekor, saya tak tahu. Tiba-tiba entah dari mana, mereka datang mencicip di merata tempat di luar. Setiap sudut kecil, mereka mencicip di mana-mana saja. Mereka beritahu saya, “Jangan pergi! Teruslah berada di sini.” Saya kata, “Apa yang akan berlaku?” Mereka beritahu saya, “Jika kau pergi, kuasa negatif sedang menunggu untuk mencederakan kau di jalan.” (Ya Tuhan.) Mungkin saya di sini, lebih banyak dilindungi. Tapi jika saya berada di jalan, mungkin tak begitu banyak dilindungi dan mungkin melalui benteng mereka. (Ya, Guru.) Maka mungkin mereka cederakan saya di jalan. Jadi saya tak berpindah lagi tetapi perlu mengatur semula benda saya. Mengeluarkan benda, menyusun semula. Beritahulah saya bahawa saya masih kelihatan elok. (Guru kelihatan cantik. Guru kelihatan menakjubkan.) Ini kerana kamu tak nampak peluh. Saya telah bekerja sepanjang hari, menyusun semula benda, pasang lampu untuk kamera, menyediakan ini dan itu, menyediakan sudut supaya tak begitu penuh sesak atau tak kelihatan begitu buruk agar editor tak perlu bekerja begitu keras untuk menutup latar belakang. (Ya, Guru.) Saya tak sentiasa ada masa untuk bersedia, jadi kadangkala mereka bekerja keras sekali. Saya perlu berterima kasih kpd mereka atas itu, editor. (Ya.) Kerana mereka perlu menutup latar belakang. (Ya.) Saya rasa kali ini mereka tak perlu. Hanya langsir dan dinding kayu. Saya rasa mereka tak perlu menutup lagi. Jadi ini ialah perkara yang saya nak beritahu kamu. Tak tahulah, apa-apa lagi? Okey.

Salah seekor anjing saya tak makan. Pernah saya beritahu kamu itu? (Tidak, Guru.) Tidak? Okey. Kerana setiap dua hari mereka melapor kepada saya keadaan anjing. (Ya.) Baru-baru ini, salah seekor anjing, yang sentiasa buang air kecil di rumah untuk beritahu saya sesuatu jika saya tak dengar itu. (Ya.) Apabila tiada anjing lain yang berani melakukannya, ia akan sentiasa melakukannya. Ia kata, “Keselamatan Guru lebih penting.” Ia takut tapi tetap melakukannya. Bermakna ia banyak melindungi saya. Ia tak kisah jika saya memarahinya kerana buang air kecil di rumah. Ia tak sentiasa buat begitu. Hanya apabila ada sesuatu yang penting, ia nak beri amaran kepada saya. Tapi saya tak sentiasa ada masa untuk lihat mereka, macam itulah. Mereka juga merupakan pelindung saya, tetapi sewaktu bersuluk, saya tidak dibenarkan banyak berjumpa dgn mereka. Sebelumnya salah seekor anjing meninggal, masih ingat? (Ya.) Saya perlu datang lihat mereka dan menenangkan mereka, tapi belakangan ini, saya tak dapat lagi. (Ya, Guru.) Tapi ia tak makan sekali lagi dan saya tanya dia, “Mengapa?” Ia kata ia begitu risau tentang status saya kerana saya kehilangan terlalu banyak Nilai Spiritual. Bukan sahaja Nilai tetapi juga Kemudaan. Jenis Kemudaan Abadi ini bukanlah kemudaan rupa fizikal. (Ya, Guru.) Tapi ia boleh berlaku juga. Cuma ia tak bermakna yang itu. (Ya, Guru. Faham.) Kemudian ia beritahu saya bahawa saya kehilangan banyak Kemudaan, Kebebasan, Keselamatan, Nilai dan Jaminan. Saya kehilangan banyak, menjadi kosong, jadi itu sebabnya ia tak dapat makan.

Banyak kali, ia tak dapat makan, banyak hari sebelum itu, sebelum itu dan sebelum itu. Saya perlu asyik beritahu dia (di dalam, secara telepati), “Jagalah diri supaya kau akan menjadi sihat dan kuat, kita boleh saling berjumpa lagi. Kerana jika kau sakit, mana boleh kita saling berjumpa lagi? Dan kau buat aku risau juga.” Jadi kadangkala ia makan dan makan dengan semakin baik kerana saya berkata kepada penjaga, “Jika ia tak makan, kamu perlu melapor kepada saya.” Penulisan menerusi kamu. Tapi jika ia makan, maka tak apa-apa. Jika ia tak makan satu, dua kali sehari, tak apa. Tapi jika ia tak makan selama beberapa hari, maka kita perlu buat sesuatu. (Ya.) Jadi saya menulis di sini, “Ia tak makan sekali lagi. Makan sangat sedikit. Risau tentang nilai spiritualku, kehilangan banyak aspek, kehilangan Nilai, Kedamaian, Kemudaan, Kebebasan, Keselamatan. Aku beritahunya bahawa ia mesti makan, tidur dengan baik supaya aku tak risau tentangnya. Anjing betina yang kain, yang lebih kecil, juga risau, berkata manusia tak wajar mendapat hasil pengorbananku. Kehilangan begitu banyak, menjadi tak bernilai macam ini.” Seekor lagi anjing, yang lebih kecil, yang terus mata. Mereka semua sangat baik terhadap saya. “Engkau tak perlu kehilangan begitu banyak, kemudian menjadi tak bernilai macam ini.” Itu apa yang dikatakannya. “Aku berterima kasih kepada kalian atas kasih sayang dan perhatian berat.”

Mereka beritahu saya, “Jangan menyaksikan berita lagi. Jangan lihat berita.” Kerana itu akan buat saya kehilangan lagi banyak. Melihat orang bukan pengamal spiritual, pemakan daging, peminum arak dalam berita. Saya kata saya tak baca berita pun. Saya hanya lihat tajuk berita. Hanya baca sesetengahnya jika penting. Tapi mereka kata itu tak baik untuk saya. Jadi saya berkata kepada mereka, “Aku akan cuba meminimumkan pembacaan berita negatif dan buruk kerana kita berhubung secara tak langsung melalui berita dengan orang biasa yang negatif di dunia. Ini buruk untuk aku terutamanya sewaktu bersuluk kerana aku sensitif, tenaga terbuka.” Saya tak menulis seluruh ayat, hanya secara singkat. (Ya, Guru.)

Labah-labah berwarna cuba hentikan saya, membuat sawang di mana-mana saja yang perlu saya lalui. Jadi labah-labah lain menjawab, “Kerana labah-labah itu berharap kau gagal.” Gagal dalam misi saya dan sebagainya. Satu lagi, pada hari lain: anjing hitam yang lebih besar juga tak makan. Jadi saya tanya, “Mengapa kau tak makan?” Ia kata, “Risau tentang Guru.” Saya kata, “Apa?” Ia kata, “Kebebasan, Kemudaan, Kedamaian, Nilaimu tak baik.” Tidak dalam keadaan yang baik. Saya hanya kata ‘tak baik’ tapi bermakna “tidak dalam keadaan yang baik”. Saya tulis dengan singkat di sini. (Ya.) Jadi saya kata, “Aku tahu! Demi semua makhluk, aku lakukannya secara rela. Jadi tak apa-apa. Jangan risau.” Saya kata, “Jangan risau. Kau mesti makan dengan baik, tidur nyenyak untuk aku supaya aku tak risau tentang kau. Okey?” “Ia makan dengan baik di sini,” pada bila-bila ia berjumpa dengan saya, tetapi bukan di sana.

Yang seterusnya, Guru Tertinggi beritahu saya suatu mesej ringkas. Saya kata, “Semoga kau dirahmati.” Dia kata, “Semoga bebas, ada Kedamaian, Keselamatan, Nilai.” Jadi saya tanya, “Bebas apa? Bebas daripada apa? Aku sedang bersuluk.” Jadi Dia kata, “Bebas dalam hidupmu.” Saya tanya, “Apa maksudnya?” Dia kata, “Jangan lihat berita negatif lagi.” Bermakna membebaskan diri dari dunia ini. (Ya, Guru.) Biasanya itu apa yang ‘suluk’ maksudkan. Tapi saya terpaksa disebabkan situasi khusus. (Ya, Guru.) Saya tak berminat untuk menyaksikan berita atau apa-apa. Kamu tahu itu. Hanya pada hari-hari itu kerana begitu cemas. Cicak pun beritahu saya sekali lagi. Seekor lagi cicak datang. Ia berkata, “Demi ketenangan Guru, jangan lihat berita negatif.” (Wau!) Saya kata, “Aku hanya lihat tajuk berita di telefon bimbit.” Ia kata, “Tetap tak baik. Jauhkanlah diri dari itu.”

Apa lagi di sini? Itu pada 21 Julai. Saya baca ke belakang kerana pada asalnya saya hanya nak baca yang lain, kemudian nampaknya ada lebih banyak lagi. 20 Julai: “Ini minggu yang teruk.” “Teruk lebih daripada seminggu. Semua juruacara, burung Tip Hari Ini pun, buat dengan tak betul. Buat semula semuanya. Meletihkan. Dan anjing itu tak makan dengan baik sekali lagi. Sebelumnya, begitu juga. Terlalu risau tentang Guru. Anjing yang kesian. Beritahunya bahawa ia mesti menjaga diri untuk aku.”

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/11)
1
2020-08-26
42712 Tontonan
2
2020-08-27
16566 Tontonan
3
2020-08-28
14550 Tontonan
4
2020-08-29
14784 Tontonan
5
2020-08-30
13896 Tontonan
6
2020-08-31
19477 Tontonan
7
2020-09-01
12075 Tontonan
8
2020-09-02
12609 Tontonan
9
2020-09-03
14542 Tontonan
10
2020-09-04
11512 Tontonan
11
2020-09-05
11333 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android