Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Semoga Orang Muhsin Menang, Bahagian 5 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Saya ada visi dalaman tentang sesuatu tapi saya tak boleh beritahu kamu. Ia sesuatu yang positif. Sangat positif! Tapi ini seperti suatu ramalan. (Oh! Baguslah tu.) Tak boleh beritahu kamu sekarang, okey?

( Guru, adakah terdapat apa-apa lagi daripada Diari Spiritual yang ingin Guru kongsi dengan kami? )

Saya tak tahu sama ada saya harus sentiasa baca diari saya. Diari sepatutnya ialah rahsia. Kamu sentiasa korek bilik peribadi saya. Maka saya perlu pakai cermin mata. Saya perlu cari diari sekarang. (Okey, terima kasih, Guru.) Kamu tunggu di sana. Jika ada sesuatu yang boleh saya beritahu kamu, saya akan beritahu. (Terima kasih, Guru.) Jika tidak, kamu akan beritahu saya bahawa saya kedekut dan... (Oh!) (Tidak, Guru.) Di manakah diari saya? Ya Tuhan. Ini dia. Baiklah. Diari kesukaan saya dah hampir hilang. Hampir setahun telah berlalu dan apa yang telah kita buat. Satu tahun berlalu dengan cepat sekali. Masa berlalu dengan cepat sekali. (Ya.) Kita menjadi beruban dengan cepat sekali. Beberapa hari yang lalu, saya ada masa, meluangkan masa untuk warnai rambut. (Guru kelihatan cantik.) Saya sendiri melakukannya. Saya ialah Guru yang sangat kurang menyelenggara. Sendiri membuat segala-galanya.

Biar saya lihat. Saya telah baca kepada kamu banyak kali, (Ya, Guru.) jadi tak banyak yang tertinggal. Baru-baru ini, saya tiada banyak masa untuk menulis banyak perkara. Dan perkara lain, saya belum boleh beritahu kamu.

Orang itu akan masuk penjara atau sekurang-kurangnya akan didakwa atas sesuatu, okey? Tapi saya tak boleh beritahu kamu sekarang. OK? (Ya, Guru.)

Saya ada visi dalaman tentang sesuatu tapi saya tak boleh beritahu kamu. Ia sesuatu yang positif. Sangat positif! Tapi ini seperti suatu ramalan. (Oh! Baguslah tu.) Tak boleh beritahu kamu sekarang, okey?

Ada syaitan yang muncul di angkasa. Orang tak nampak bentuk mereka. Tapi ada sesetengahnya yang kelihatan macam buih atau sesuatu. Itu ialah syaitan yang cuba memusnahkan penghuni Bumi dan Bumi kita. Jadi, “Arahkan supaya mereka diheret ke bawah dan lebih banyak syaitan tersembunyi diheret ke neraka juga jika mereka tak bertaubat. Meskipun mereka bertaubat, dah terlambat sekarang.” Sesetengah ahli sains pun dapat lihat mereka melalui peralatan tertentu. Mereka kelihatan macam gumpalan atau sesuatu macam itu, (Oh!) hampir seperti warna kelabu lut sinar. Jika kita dapat lihatnya dengan mata kasar, macam itulah. Tapi mereka sangat hodoh dan menakutkan. Mereka bukan hanya seperti buih macam itu. Mereka sangat menakutkan. Kamu tahu jika kamu lihat rupa sebenar mereka... dengan mata kebijaksanaan atau sesuatu, kamu lihat rupa sebenar mereka, kamu akan pengsan. (Wau!) Okey. Ya Tuhan.

Sini saya menulis tentang syaitan yang saya beritahu kamu tadi. (Ya.) Mereka berlutut dengan muka hampir tersentuh lantai kerana OUP (Pelindung Alam Semesta Asal) tak dapat mengasingkan mereka. Jadi saya kata, “Biar mereka hilang dari pandanganku. Aku ada kerja lain untuk dibuat. Jangan menyekat pandanganku. Aku mengampuni mereka, okey. Sesiapa pun, ampuni mereka semua. Tapi tak berlutut lagi di depan visi aku. Okey? Bawa mereka pergi dari sini.” Itu pada 7 Disember. Hari ini hari apa? 24 Disember. (Ya.) Okey. Masih 24 hb atau hampir 25 hb? 25 atau 24 hb? (Masih 24 hb.) Okey, bagus. Okey, banyak jenis ramalan lain, saya tak nak beritahu. Pada 8 Disember, “Kumpulan syaitan dan hantu itu masih berlutut di luar. Mengapa?” Saya tanya Ihôs Kư. “Mengapa? Perlindung OUP, mengapa?” Mereka beritahu saya, “Oleh sebab Engkau mengikat mereka semua bersama, kami tak dapat mengasingkan mereka.” Saya hanya menulis perbualan dengan Mereka. “Okey. Asingkan mereka sekarang, sesetengahnya ke Syurga Keempat kerana mereka telah bertaubat dan sesetengahnya ke neraka kerana mereka terlalu jahat.” Kemudian lepas itu saya lihat, masih nampak mereka di sana.

Saya tak sentiasa perlu lihat mereka. Tapi jika saya lihat dengan sesuatu cara istimewa, maka saya dapat lihat mereka. Kerana mereka tak seperti kamu. Mereka tak seperti badan fizikal. Mereka ada badan astral saja. (Ya.) Saya tak perlu lihat apa-apa yang saya tak nak lihat. Biasanya hantu dan syaitan macam itu tak berani menunjukkan rupa sebenar mereka kepada saya. Okey? Tapi saya lihat. Mereka menangis atau sesuatu, jadi saya lihat, kemudian nampak mereka. Jadi saya tanya Pelindung Ihôs Kư di sekeliling saya sekali lagi, “Mengapa? Ah?” “Mengapa hantu ini masih berlutut di sana?” Jadi Mereka beritahu saya, “Belum tiba masanya.” Saya tanya, “Apa maksudnya?” Saya dah beritahu Mereka supaya segera bawa mereka pergi dari situ.

Mereka kata, “Kerana Dewa Besar Peringkat Keempat kekurangan nilai untuk bawa mereka.” Saya dah jelaskan kepada kamu, kan? (Ya, Guru. Ya, memang. Terima kasih.) Saya kata, “Okey, maka bawa mereka ke Syurga Ketiga. Okey?” Tetap tak boleh. Kerana tak cukup nilai. Peringkat Kedua lagi teruk. Kerana syaitan ini sangat kuat, sangat berkuasa. Sama seperti kita dapat angkat satu beg beras seberat 5 kilogram. Ya? Tapi jika 100 kilogram, maka sukar bagi kita angkat. Apalagi angkat mereka semua. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Ya, sama juga. Kuasa makhluk adalah macam itu. Kita tak dapat menimbangnya tetapi kita akan tahu jika kita ialah orang spiritual. Kita tahu orang itu ada berapa banyak kuasa dan kita tak dapat menguruskannya atau dapat menguruskannya. Kamu faham? (Ya.) Baiklah. Karma orang adalah macam itu juga. Kita tak dapat menimbangnya. Kita tak dapat letaknya di atas penimbang untuk lihat berapa banyak kilogram tetapi kita tak dapat uruskan kerana terlalu banyak. (Ya, Guru.) Sebab itulah Dewa Besar Peringkat Keempat tak dapat menguruskannya. Peringkat Ketiga, Peringkat Kedua, Mereka semua tak dapat. Peringkat Astral pun tak dapat. Jadi mereka hanya boleh pergi ke neraka. Saya kata, “Tidak, tak boleh. Aku dah janji, mengampuni mereka.” Jadi saya perlu mencipta ruang istimewa untuk mereka diami. Kamu faham itu? (Ya, Guru.) Sehingga pemberitahuan kemudiannya.

Ya Tuhan. Begitu banyak kerja untuk saya buat. Kamu tahu berapa banyak buku kamu hantar kepada saya setiap hari untuk diuruskan, diperiksa. Berapa banyak rancangan kamu hantar kepada saya. Bukan? (Ya, Guru.) Bukan satu rancangan saja. Banyak rancangan. Seperti buku. Saya perlu banyak membaca dan menguruskan. Jadi saya perlu mengorbankan segalanya, malah masa tidur saya untuk membuat semua ini. Dan membuat kerja dalaman. Kamu faham? (Ya, Guru.) Sebab itulah saya terlupa akan syaitan berlutut di luar. Mereka takkan mati. Mereka hanya rasa lapar.

Jika kita tiada badan ini, kita takkan mati. Tapi kita tetap rasai penderitaan, rasa lapar, rasa dahaga, rasai apa-apa saja tetapi tiada apa-apa yang akan berlaku kpd kita. Kita hanya alami kesakitan kelaparan, kedahagaan atau penderitaan lain tetapi tidak mati, atau kita tak rasa sakit, tak pengsan atau apa-apa pun macam itu. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Sama seperti hantu lapar, mereka boleh lapar selama-lamanya tetapi takkan mati.

Di neraka juga, orang boleh dihukum. Makhluk yang bersalah, berdosa boleh dihukum selama-lamanya tetapi mereka takkan mati. Mereka hanya sentiasa menderita secara berulangan tetapi tak boleh mati. Itu masalahnya. Itu apa yang dahsyat di neraka. Kita takkan mati. Dalam badan fizikal ini, meskipun orang menyeksa, memukul atau membunuh kita, kita boleh mati. Kemudian kita takkan menderita lagi. Dah tentu, jika kita tak pergi ke neraka. Tapi di neraka, kita tak boleh mati. Sehingga karma kita telah dilangsaikan, terus menderita selama-lamanya, ditikam, dibakar, digril, dipanggang, dipukul, segala jenis hukuman yang dahsyat. Mereka yang dilaporkan di TV atau akhbar tentang penjenayah yang menyeksa orang atau penjenayah perang yang disyaki, itu tak seberapa saja berbanding dengannya. Faham maksud saya? (Ya, Guru.) Kerana misalnya jika seseorang diseksa di dunia ini, jika terlalu banyak kesakitan, dia akan pengsan. (Ya.) Tetapi di neraka, kita tak boleh pengsan. Kita tak pengsan. Kita tak dapat mengelakkannya. Kita terus rasa sakit selama-lamanya, menderita selama-lamanya. Faham? Seseorang menikam atau menggergaji kita menjadi dua di neraka. Kita tahu akan segalanya tetapi tak dapat mengelakkannya, tak dapat pengsan. Kita tak dapat hentikan kesakitan untuk satu saat atas sebarang sebab pun. Faham? Dan mereka tak berikan ubat penghilang kesakitan Tiada apa-apa pun macam itu. Jadi saya menyedari bahawa sudah keterlaluan bagi Dewa Besar Peringkat Keempat, jadi saya kata, “Ya, ya, dah keterlaluan bagi Dia.” Saya bercakap dengan Dewa dan Dewata Pelindung dan menulisnya pada masa yang sama.

Begitu pun, saya kata, “Okey, jadi aku perlu bantu Dia meningkatkan nilai-Nya. Kalau begitu, bilakah mereka boleh pergi? Bilakah Engkau boleh bawa syaitan ini?” Mereka kata, “Dalam lima jam.” Saya kata, “Ya Tuhan! Ya Tuhan, aku terlupa akannya. Pastikan cepat, lebih cepat daripada itu.” Mereka kata, “Kami tak dapat bawa mereka ke mana-mana pun. Mana boleh kami begitu cepat?” Saya kata, “Baiklah. Maka aku perlu cipta sesuatu alam untuk mereka. Alam kecil untuk mereka diami.” Itu telah diuruskan sekarang. (Ya.) Jadi tidak lagi.

Segala-galanya dari Alam Tinggi, Guru Tertinggi atau Dewata Ihôs Kư, Mereka semua sangat positif. Tetapi di dunia ini, saya perlu menghadapi yang negatif. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.)

Pada 9 Disember, saya melihat ke luar, masih ada satu lagi! Satu hantu masih di sana. Saya tanya, “Mengapa dia masih di sana?” Mereka kata, “Masanya belum tiba.” Saya kata, “Jangan beritahu aku perkara yang sama secara berulangan. ‘Belum tiba masanya...’ Bawa mereka sekarang juga. Mengapa?” Mereka kata, “Kerana kami belum ada kuasa yang mencukupi. Kami akan bawa. Kami akan tukar syif. Syif lain akan datang.” Kerana Mereka sudah menghabiskan semua kuasa mengheret syaitan-syaitan ini. Tak begitu senang. Syaitan begitu berkuasa (Wau!) Ini adalah berkuasa. Mereka boleh mengakibatkan kacau-bilau di dunia, itu sebabnya Mereka tak dapat buat banyak. Mereka malah perlu bawa mereka ke bawah satu demi satu. Satu tertinggal, sebab itu saya tanya. Mereka kata, “Kami tiada kuasa yang mencukupi yang tertinggal. Syif seterusnya akan melakukannya.” Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Mereka sentiasa memberitahu saya, “Belum tiba masanya.” Saya perlu tanya Mereka tentang perinciannya. Okey, tak apa. Saya tak menulis semua ini tetapi macam itulah. Saya kata, “Ah! Apa-apa saja. Buatlah sebagaimana yang Engkau mahu! Engkau sendiri melakukannya.” Saya kata, “Di dunia ini, apa-apa yg kita nak buat dgn paling baik, kita sendiri melakukannya.” Itu apa yang saya katakan di sini. Maksud saya, Dewata Ihôs Kư pun tak dapat sentiasa bantu saya. Dalam hal ini saja. Dalam banyak hal yang lain juga. Maka tak apa.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (5/6)
1
2021-01-02
10503 Tontonan
2
2021-01-03
7490 Tontonan
3
2021-01-04
11646 Tontonan
4
2021-01-05
6762 Tontonan
5
2021-01-06
6455 Tontonan
6
2021-01-07
5955 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android