Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dengan afiniti yang dalam dengan Amerika Syarikat, Mahaguru Ching Hai (vegan) telah melawat negara ini banyak kali, menawarkan kebijaksanaan, harapan dan bantuan kemanusiaan pada waktu susah. Pada November 1993, sementara terbang dari Hawaii ke Los Angeles selepas Suluk Meditasi Antarabangsa selama empat hari, Guru ternampak kebakaran tragik di selatan California dari udara dan menzahirkan rasa prihatin yang mendalam. Kebakaran hutan di California Selatan bermula pada 27 Oktober 1993 dan segera dimarakkan oleh angin kencang. Bandar seperti Altadena, Thousand Oaks dan Laguna Beach ialah tempat pertama yang terpengaruh dengan beratus-ratus buah rumah binasa dan beribu-ribu ekar tanah musnah sebelum anggota bomba akhirnya berjaya mengawalnya. Mahaguru Ching Hai segera menubuhkan tabung bantuan sebanyak AS$200,000 untuk menyokong mangsa kebakaran, berikan bekalan keperluan asas dan bantuan kewangan yang diagihkan melalui pelbagai agensi bantuan kebakaran tempatan. Beratus-ratus orang ahli persatuan daripada semua peringkat umur dari seluruh dunia yang kebetulan berada di kawasan Los Angeles selepas suluk empat hari bersukarela untuk menyertai usaha bantuan bersama dengan ahli-ahli persatuan tempatan. Di bawah bimbingan penuh belas kasihan-Nya, mereka segera memobilisasi, bekalkan bekalan keperluan asas dan dermakan dana untuk menyokong pelbagai organisasi kemanusiaan seperti Palang Merah Amerika, memastikan bantuan sampai kepada orang dalam kesusahan. Pada 6 November, Mahaguru Ching Hai (vegan) dijemput sebagai tetamu kehormat, menghadiri perhimpunan doa di Laguna Beach bersama dengan lebih sepuluh orang pemimpin spiritual yang mewakili pelbagai agama termasuk agama Kristian, Buddha, Yahudi dan Hare Krishna serta kumpulan spiritual bukan agama. Bersama-sama, mereka bersatu dlm doa untuk mangsa, menyampaikan mesej harapan dan penyembuhan yang kuat serta mengingatkan semua orang tentang kekuatan yang datang melalui perpaduan dalam mengatasi kesusahan. Sekarang kami jemput anda saksikan bahagian satu perhimpunan doa yang bertajuk ‘Kekuatan Spiritual dalam Krisis Melalui Perpaduan antara Agama’ bersama Mahaguru Ching Hai (vegan) dan pemimpin-pemimpin agama lain di Laguna Beach, California, Amerika Syarikat pada 6 November 1993 di mana pemimpin masyarakat Laguna Beach termasuk Datuk Bandar Lida Lenney, Kapten Jabatan Bomba Bob Scruggs dan Paderi David Beadles daripada Gereja Methodist Bersatu berkongsi kata-kata yang mengharukan tentang rasa terima kasih dan semangat kemasyarakatan selepas kebakaran hutan yang membinasakan ini. Photo Caption: Atas Kasih Sayang Hidup, Kami Bertumbuh Subur!