Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Bersedia untuk Hari-hari Susah, Menjadi Vegan, Menjaga Keamanan, Berdoa dan Bermeditasi, Bahagian 9/12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Tolonglah bermeditasi. Itu bukan suatu kewajipan. Saya tak nak kawal anda dan arahkan anda supaya bermeditasi tetapi anda harus mengawal diri, mengarahkan diri supaya berbuat baik untuk diri sendiri, untuk jiwa, untuk roh anda. Pada waktu meditasi, anda dapat lebih ingat akan Tuhan dan lebih banyak menenangkan fikiran. Saya tahu kadangkala kita ada kerja cemas, seperti Berita Selitan daripada saya dan sebagainya, tetapi begitu pun, anda mesti bermeditasi. Tiada apa-apa yang begitu cemas sehingga anda perlu hancurkan diri untuknya. Kerana jika anda kurang selesa, bgmn dapat bekerja secara berterusan? Kerja kita perlukan sangat banyak usaha. Saya tahu akan itu. Sebab itu saya beritahu anda. Kadangkala terlintas dalam fikiran saya bahawa kita harus hentikan Supreme Master Television. Kerana kadangkala saya berfikir, “Oh, tiada sesiapa yang dengar! Tak banyak orang dengar. Buat apa saya bazirkan masa, kesihatan, kesejahteraan, keceriaan dan kegembiraan saya untuk bekerja keras macam ini?” Tetapi itu hanyalah kata-kata minda. Saya akan terus bekerja.

Tetapi apabila saya memikirkan anda bekerja keras sekali dan kadangkala tidak mandi untuk masa yang panjang kerana tidak dapat, termasuk saya sendiri, malah selama berminggu-minggu, mungkin hanya pengelapan pantas tetapi bukan mandi yang sewajarnya dengan rambut yang disyampu dan segala-galanya seperti itu. Tapi sekurangnya saya berseorangan. Tiada sesiapa yang mengkritik saya. Tiada sesiapa yang akan rasa bahawa saya berbau busuk atau apa-apa. Saya tak berbau busuk mungkin kerana… Saya memang pun tak berbau busuk. Jadi macam ini, lagi kurang pakaian yang dicuci dan kurang syampu yang dibazirkan. Tetapi kita boleh lepaskan semua itu, malah keselesaan fizikal, selera makan fizikal dan rupa fizikal. Tetapi kita tak boleh lepaskan waktu meditasi. Ia baik. Anda harus rasa gembira, bertuah dan bersyukur atas anda ada teman bersama anda, atas anda ada masa yang dijadualkan supaya semua orang boleh pergi bersama untuk bermeditasi. Macam ini, anda tak boleh lalai.

Apabila duduk bersama, anda bermeditasi dengan lebih baik, dan itu jenis tenaga tertumpu, semuanya dalam satu yang besar. Itu akan bantu anda dalam kemajuan spiritual juga. Ia akan bantu anda dalam cita-cita untuk matlamat spiritual, untuk kerja menyelamatkan planet ini, menyelamatkan roh-roh dalam misi Tuhan. Kerana jika anda tiada kekuatan, mana dapat anda menaikkan orang lain? Jika anda tak dapat berenang, mana dapat anda menyelamatkan orang yang hampir mati lemas? Anda perlu kuat sangat dari segi rohani baru dapat membuat kerja ini, kerja Supreme Master Television. Ini kerja paling mulia yang boleh anda ada tetapi ia perlukan warisan spiritual yang paling kuat baru dapat terus menggunakannya untuk kerja ini.

Saya sering memuji anda, sering ucapkan terima kasih kpd anda dan sering menunjukkan rasa hormat yang sangat besar kepada anda kerana saya hargai kerja anda. Bukan senang untuk meninggalkan dunia luar yang ada segala kononnya keseronokan, godaan, wanita, lelaki dan pilihan makanan yang berlainan ini – pada bila-bila mahu, anda pergi ke restoran dan sebagainya. Tetapi untuk itu, anda perlu bekerja di luar juga. Anda perlu pergi tepat pada masanya. Tidak kira sama ada suka atau tidak, anda mesti pergi bekerja untuk syarikat atau syarikat anda sendiri pun, untuk diri sendiri. Walaupun kelihatan macam bos tak bekerja, namun dia memang bekerja. Dia perlu bertanggungjawab. Dia perlu memeriksa kemajuan kerja. Anda perlu membuat susulan ke atas pekerja dan segala jenis kerja tulis-menulis, cukai, pendapatan, hasil dan sebagainya. Bos perlu benar-benar rasa dibebani dan bertanggungjawab atasnya. Walaupun dia ada pekerja untuk bekerja, dia mesti buat kerjanya juga. Menjadi bos atau ketua taklah begitu senang.

Bagi kerja saya, saya tahu saya bekerja keras sekali dan kadangkala memang letih dari segi fizikal, tetapi saya cukup kuat untuk uruskan, cuma badan saja kadangkala. Jadi anda perlu tahu akan itu juga. Cuma badan saja kadangkala. Anda mesti mendesak diri untuk bermeditasi bersama-sama bagi memulihkan diri dalam semua aspek, bukan dari segi rohani saja tetapi aspek rohani adalah paling penting. Anda perlu menjaga dan menyuburkannya. Jika tidak, anda akan ketinggalan kerana kerja ini memerlukan segala perhatian anda. Anda perlu curahkan banyak tenaga dan juga pahala latar belakang spiritual. Jadi anda perlu mendapatkannya semula. Anda perlu memulihkan diri. Ini ialah pengorbanan yang perlu kita buat, bekerja untuk menyelamatkan dunia, selamatkan roh. Tetapi kita juga ada pahala Syurga, bekerja untuk Supreme Master Television, selain itu!

Orang bekerja di dunia luar dan mereka dibayar dengan wang. Di sini kita bekerja tetapi hanya ada sedikit wang saku. Kita ada segalanya yang diperlukan, sekurang-kurangnya. Saya tidak dibayar wang saku. Saya makan saja, dan apa-apa pakaian lama yang dapat saya bawa bersama semasa lari, saya ada. Saya memakainya sepanjang masa. Itu saja. Perbelanjaan saya sangat sedikit. Dengan mungkin lima, enam, tujuh dolar sehari, kita dah dapat hidup dengan baik, malah kurang daripada itu, kurang daripada itu. Tetapi disebabkan oleh tenaga elektrik dan banyak benda yang lain, jadi lebih mahal. Sebenarnya saya hanya belanjakan apa-apa yang saya belanjakan setiap hari, dari empat hingga enam dolar sehari, termasuk segala-galanya seperti telefon. Tenaga elektrik adalah drpd panel suria. Air pula, saya gunakan air hujan, atau jika saya tinggal dekat anak sungai, maka saya gunakan air anak sungai. Buat masa ini, saya gunakan air hujan.

Itu tak begitu susah. Anda hanya pergi dengan teksi besar. Ada teksi-teksi yang berlainan. Ada teksi yang lebih besar, teksi yang lebih kecil, atau anda boleh minta syarikat hantar kepada anda. Syarikat, jika mereka hantar kepada anda, mereka tak perlu tahu anda tinggal di mana. Mrk hantar ke sesuatu tempat yang dekat dan anda pergi kutipnya, bekas plastik yang ringan tetapi gred makanan. Anda hanya letaknya di luar khemah. Jika penutup luar khemah anda melengkung sikit, maka air akan mengalir melalui itu dan masuk ke dalam bekas air anda. Anda boleh sediakan beberapa buah bekas. Jika satu bekas telah penuh, anda tukar. Anda isikan air ke dalam bekas lain dengan hos atau baldi. Anda cari jalan untuk melakukannya.

Air hujan adalah bersih, baik. Kemudian anda boleh gunakannya. Saya dah gunakan sangat sedikit kerana saya tiada masa untuk banyak mandi curah atau mandi pancur, dan hanya minum. Walaupun air hujan adalah bersih, kelihatan bersih, namun anda perlu tapis dan jerangnya, atau sekurangnya jerangnya sebelum minum. Menapis adalah senang. Anda boleh gunakan kain kapas, letaknya di atas mulut terbuka cerek atau kole, menuang air ke dalamnya, kemudian anda boleh jerangnya untuk diminum. Saya gunakan kole logam, seperti kole yang anda gunakan di ashram untuk makan, atau dalam suluk meditasi kita. Kole logam, anda boleh menjerang air dengannya juga.

Anda boleh masak makanan mudah. Bagi nasi, anda hanya beli termos yang kekalkan kepanasan air untuk masa yang panjang. Anda cuci beras dan masukkan beras ke dalamnya, bilasnya dengan air didih, menuangnya keluar semula, kemudian menuang air didih ke dalam termos dan tutupnya. Selepas beberapa jam, anda boleh makan. Anda periksa apabila ia dah lembut, kemudian anda boleh makan nasi dari termos itu. Anda tak perlu memasak pun.

Kerana jika anda hanya ada panel suria yang kecil dan satu atau dua bateri untuknya, maka anda tak dapat memasak dengan periuk nasi elektrik. Anda boleh gunakan seketul kayu dan korek lubang, bentuk V, sedalam yang boleh di tanah. Satu belah bentuk V itu lebih kecil, kurang besar daripada sebelah lain. Sebelah di mana anda masukkan kayu perlulah cukup besar. Satu belah lagi lebih kecil supaya arang yang bernyala tidak terkeluar. Jika anda tinggal di dalam hutan, saya dah beritahu anda caranya. Korek bentuk V. Yang dalam adalah kira-kira 30 hingga 40 sentimeter. Kemudian kedua-dua belah lebih tinggi. Apabila anda masukkan kayu di tepi yang lebih tinggi ini, kayu itu condong ke bawah. Ia terbakar dengan cepat sekali dan tidak perlukan banyak kayu juga. Satu lagi belah mulut ketuhar bentuk V ini adalah lebih kecil, jadi asap akan keluar dari sana dan sangat sedikit percikan api yang akan keluar. Ia boleh begitu selamat.

Anda malah boleh letak dua periuk di atas jenis ketuhar itu, ketuhar tanih semula jadi. Hanya letaknya terus di atas pinggirnya yang separas dengan tanah. Letak periuk di atasnya dan letak satu lagi cerek di atas satu lagi pinggir di sebelahnya. Ia akan mendidih dlm sekelip mata saja, jadi anda tak perlukan tenaga elektrik untuk memasak.

Anda boleh gunakan arang itu untuk memanaskan diri di dalam khemah kecil. Anda jangan letak itu di dalam khemah. Anda letaknya di depan pintu khemah. Setiap khemah ada penutup luar yang menganjur di luar pintu zip anda. Anda letaknya jauh dari pintu anda sikit tetapi masih di bawah kepingan yang menganjur itu... Kita boleh panggilnya sengkuap. Kemudian kepanasan akan masuk ke dalam khemah anda. Kadangkala mungkin terlalu panas dan anda perlu pindahkannya dari situ. Macam mana pun, jika anda ada tilam antikelembapan yang baik, tebal, berpermukaan perak, dan anda ada beg tidur yang baik, anda letaknya di atas itu dan gunakan satu lagi beg tidur atau selimut yang besar, tebal untuk membalut diri, maka anda akan baik-baik saja. Pada suhu 10 darjah (Celsius) pun, anda baik-baik saja.

Photo Caption: Ambil Masa, akan Bertumbuh Semula.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (9/12)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android