Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Macam mana pun, jika anda ada tilam antikelembapan yang baik, tebal, berpermukaan perak, dan anda ada beg tidur yang baik, anda letaknya di atas itu dan gunakan satu lagi beg tidur atau selimut yang besar, tebal untuk membalut diri, maka anda akan baik-baik saja. Pada suhu 10 darjah (Celsius) pun, anda baik-baik saja.Di tempat tinggal saya, ia boleh turun ke 8 atau 6 darjah (Celsius), dan sedikit salji kadangkala. Tetapi sangat menyenangkan – tak banyak salji, syukurlah. Saya malah ada sinaran matahari, jadi tak apa-apa. Jadi saya ada tenaga elektrik yang cukup untuk bekerja, hanya untuk bekerja. Hanya utk bekerja, kita ada secukupnya. Dengan satu bateri, kita malah boleh gunakan selama dua hari untuk kerja rancangan Supreme Master Television. Saya gunakannya dgn jimat dan apabila tidak perlukan kotak IT, saya tutupnya juga.Saya merancang dengan teliti sekali bagaimana gunakan tenaga elektrik. Hingga kini adalah macam itu. Dah tentu, anda boleh beli lebih banyak tenaga elektrik jika anda dapat bawa semuanya masuk. Anda beli troli besar, troli terbuka pun. Ia tak semestinya troli beli-belah. Troli terbuka, dan masukkan barang ke dalamnya, bagasi, bateri, panel suria, dan menyorongnya ke tempat tinggal anda – heretnya, tariknya masuk tetapi anda perlu tahu di mana. Anda tak boleh tinggal terlalu jauh dari jalan raya. Anda perlu berada dalam jarak berjalan kaki supaya anda tak perlu bawa terlalu jauh dan tak perlu tunggu teksi dengan terlalu lama dalam kesejukan, misalnya macam itu. Anda perlu merancang dengan baik. Anda perlu tahu sangat ke mana anda pergi, apa yang anda buat supaya anda tidak tersesat di dalam hutan juga.Hutan sangat pemurah, sangat mengalu-alukan dengan tangan yang sangat penyayang, tenaga sangat prihatin, bersimpati yang memancar, melitupi anda dan hantarnya kepada anda sepanjang masa. Anda rasa selesa. Itu juga oksigennya, dah tentu. Itu baik untuk anda. Seorang saudara anda di Austria berkata bahawa adiknya tinggal di hutan selama lima tahun. Saya tidak tanya dia caranya. Mungkin saya boleh tanya dia suatu hari nanti.Tetapi saya harap anda tidak meniru gaya hidup ini kerana ia tidak sesuai bagi semua orang. Saya juga tak tahu banyak tentang cara hidup di dalam hutan. Cuma bertuah bagi saya kerana saya tahu akan panel suria dan mampu menaiki teksi, bas dan kereta api. Tetapi itu bukan kehidupan yang ideal bagi semua orang. Janganlah bayangkan itu begitu baik dan selesa. Itu tidak. Anda perlu berazam dan perlu menjadi biasa dengannya. Anda perlu kuat dalam semangat dan amalan spiritual juga. Itu lagi baik.Saya hidup mengikut intuisi. Saya tiada banyak pengetahuan tentang hutan tetapi ia boleh didiami. Ia baik. Saya memang gembira. Saya memang gembira, cuma bekerja terlalu keras. Itu saja. Sebab itulah kadangkala saya memikirkan anda. Anda bekerja terlalu keras. Oleh sebab anda mengikut saya dan menyokong misi saya, impian mulianya, anda mengorbankan diri. Saya rasa sangat bersalah, tak sedap hati dan bersimpati dengan anda walaupun saya berterima kasih juga, dah tentu. Sebab itulah kadangkala ada terlintas dalam fikiran saya supaya hentikan Supreme Master Television tetapi saya tak boleh lakukannya, sekurang-kurangnya belum lagi. Saya harap anda akan masih terus bersama saya. Kerana sekurang-kurangnya kita masih ada keselesaan asas, dalam situasi saya pun. Cuma karma dunia buat saya kurang selesa kadangkala. Tetapi ini boleh dilakukan, dikerjakan.Secara sampingan, apa-apa yang saya ingat tentang hutan, saya perlu beritahu anda sebelum terlupa. Jika anda tinggal berseorangan di hutan, anda tak boleh bawa sesiapa saja ke sana. Orang tak dikenali, pemandu teksi pun, mereka boleh dipercayai tetapi anda takkan tahu. Anda takkan tahu. Dunia ini boleh mencemari sesiapa saja dan buat orang baik menjadi gila-gila, menjadi kurang daripada baik atau menjadi jahat. Jadi jika anda tinggal berseorangan, anda tak boleh biarkan pemandu teksi pergi ke tempat anda. Anda perlu memilih alamat berdekatan dalam jarak berjalan kaki – tak terlalu jauh, dah tentu – dan sediakan troli. Anda keluar dengan teksi, masuk dengan teksi, pergi ke sana saja, dan masukkan semua barang ke dalam troli. Biarkan teksi pergi dulu, hilang daripada pandangan dan anda hilang daripada pandangannya baru anda mula berjalan ke arah anda. Pastikan tiada sesiapa yg mengekori anda Jika seseorang mengekori anda, anda berhenti saja di sesuatu tempat – berehat atau bersembunyi di dlm semak atau sesuatu sehingga mereka tinggalkan sana supaya tiada sesiapa yang akan tahu anda tinggal di mana jika anda tinggal berseorangan.Anda juga boleh gunakan tiang untuk ditukul ke dalam tanah. Seperti dengan tiang besi atau tiang plastik, tukulnya ke dalam tanah di empat belah. Saya hanya beli pagar besi dan memasang empat tiang di empat belah. Maksud saya di luar khemah, lebih jauh sikit dari khemah, mungkin sejauh 30, 50 sentimeter dari khemah anda di semua belah dan buatnya memagari kawasan sekeliling khemah dan memagarkannya di atas tiang juga supaya anda ada pagar di sekeliling anda. Memagarkannya di sekeliling dan ikat ketat-ketat supaya sekurangnya anda dapat elakkan orang-haiwan yang lari ke dalam khemah anda atau gigit khemah anda. Beli pagar besi atau pagar plastik – sesetengahnya sangat kuat juga. Memagarkannya di sekeliling tiang, ikat dengan ketat sekali. Tiangnya perlulah kukuh di atas tanah, sangat dalam. Mereka ada tiang yang runcing, tajam di satu hujung. Anda gunakan tukul atau batu besar untuk menukulnya ke bawah.Kemudian anda juga perlu tambahkan tiang di tengah-tengah empat batang tiang kayu ini untuk memastikan lipatan beralih ke dalam, bersambung. Kerana jika hanya empat batang tiang yang berdiri, maka mungkin tak cukup kukuh. Anda perlu memasang empat lagi batang mendatar untuk menyambungkan empat tiang ini. Buatnya di bahagian bawah empat tiang ini dan juga satu lagi di atas empat tiang ini, dan bahagian tengah adalah kosong. Anda boleh keluar masuk tetapi anda membuat pintu dengan pagar ini, bersambung dengan pagar yang sama ini.Membuat pintu mudah dengan ikatkan hujung pagar itu pada tiang, tiang kecil, cukup untuk anda mengikat, mencangkuk dan menguncinya dengan rantai. Jadi meskipun seseorang datang atas sesuatu sebab, anda masih boleh ada masa yang cukup untuk menelefon polis. Tetapi tak seharusnya macam itu lagi. Hari ini, kita selamat di mana-mana pun.Saya takkan tunjukkan apa yang saya buat atau bagaimana saya buatnya kerana setiap kali saya tunjukkan sesuatu kpd anda, saya tak boleh tinggal di sana lagi. Sebelumnya, saya tunjukkan bilik kecil saya kepada anda, kemudian saya terpaksa tinggalkan sana. Apa-apa yang saya beritahu anda, saya makan atau apa, saya akan tiada selera makan terhadap itu lagi atau saya tak dapat belinya lagi. Jadi saya jalani kehidupan saya, anda jalani kehidupan anda. Saya menyokong anda, bantu anda, menyelamatkan anda, makrifatkan anda tetapi saya tak boleh asyik kehilangan benda saya.Itu bukan soal benda. Itu soal keselamatan saya berkaitan dengannya. Saya perlu menjaga keselamatan diri supaya saya dapat terus bekerja untuk anda, untuk dunia. Saya juga ada kerja lain untuk dibuat di planet-planet lain. Saya agak sibuk dan perlu memastikan diri sihat sejahtera. Karma makhluk terutama manusia boleh benar-benar merebahkan kita, benar-benar mengheret kita ke bawah sampai tahap tertentu kadangkala. Saya mendapat tahu ini dalam dekad-dekad ini. Saya tak harus keluar dengan teksi atau seumpamanya pun tetapi saya terpaksa. Kadangkala saya terpaksa, jadi perlu macam itu.Photo Caption: Menyumbang kepada dan Melindungi Dunia yang Menyenangkan dan Indah